Sekiranya anda memainkan watak Yesus dalam filem, bagaimanakah anda menggambarkan watak tersebut? Itulah cabaran yang dihadapi oleh Bruce Marchiano, yang memainkan watak Yesus dalam filem Alkitab Visual Matius pada tahun 1993. Dia menyedari bahawa jutaan orang akan membuat kesimpulan tentang Yesus berasaskan lakonannya. Oleh itu, dia menghadapi tekanan besar untuk memberi gambaran yang “betul” tentang Kristus. Maka, dia berlutut dan berseru kepada Yesus—demi Yesus.
Bruce mendapat pengertian ini daripada Ibrani fasal 1. Penulis menyatakan bahawa Bapa mengurapi Anak “dengan minyak sebagai tanda kesukaan” (Ibrani 1:9, ATB). Kita boleh meraikan kegembiraan ini kerana hubungan dengan Bapa yang diekspresikan sepenuh hati. Kegembiraan itu memenuhi hati Yesus sepanjang hidup-Nya. Seperti dalam Ibrani 12:2, “kerana kegembiraan yang menantikan-Nya, Yesus tidak peduli bahawa mati pada kayu salib adalah suatu hal yang memalukan. Sekarang Dia duduk di sebelah kanan takhta Allah”.
Dengan menggunakan petikan firman Tuhan ini sebagai petunjuk ekspresinya, Bruce memaparkan seorang Penyelamat yang unik dan penuh sukacita. Hasilnya, dia dikenali sebagai “Yesus yang tersenyum.” Kita juga boleh berlutut dan “berseru kepada Yesus, demi Yesus.” Semoga Dia memenuhi kita dengan diri-Nya agar orang di sekeliling kita dapat melihat kasih-Nya dinyatakan melalui kita!
ILHAM
Surat kepada Ibrani mengandungi Kristologi (kajian tentang diri dan pekerjaan-Nya) yang paling jelas dalam Perjanjian Baru. Dalam Ibrani 1:8–12, Tuhan mengatakan peranan Anak itu—yang dikenali sebagai Mesias. Anak ini akan mempunyai Pemerintahan adil yang kekal selama-lamanya (ayat 8), dan disebabkan oleh kasih Anak itu terhadap keadilan dan kebencian terhadap kecurangan, Tuhan mengurapi Dia dengan "minyak sebagai tanda kesukaan " (ayat 9, ATB).Minyak tanda kesukaan adalah satu cara untuk menggambarkan apa yang dihadapi Yesus di dunia. Namun kesukaan digunakan oleh Yesus sekali lagi dalam fasal 12. Penulis menerangkan bahawa inilah kerana sukacita yang disediakan bagi Kristus (mungkin inilah pengurapan minyak tanda kesukaan?) yang menyebabkan Dia sanggup mati pada kayu salib. Kedua-dua pelayanan-Nya dan penyaliban bukanlah sukacita itu; apa yang terjadi setelah itu yang begitu luar biasa dan membuat Yesus sudi menderita.