Sekiranya anda memainkan watak Yesus dalam filem, bagaimanakah anda menggambarkan watak tersebut? Itulah cabaran yang dihadapi oleh Bruce Marchiano, yang memainkan watak Yesus dalam filem Alkitab Visual Matius pada tahun 1993. Dia menyedari bahawa jutaan orang akan membuat kesimpulan tentang Yesus berasaskan lakonannya. Oleh itu, dia menghadapi tekanan besar untuk memberi gambaran yang “betul” tentang Kristus. Maka, dia berlutut dan berseru kepada Yesus—demi Yesus.

Bruce mendapat pengertian ini daripada Ibrani fasal 1. Penulis menyatakan bahawa Bapa mengurapi Anak “dengan minyak sebagai tanda kesukaan” (Ibrani 1:9, ATB). Kita boleh meraikan kegembiraan ini kerana hubungan dengan Bapa yang diekspresikan sepenuh hati. Kegembiraan itu memenuhi hati Yesus sepanjang hidup-Nya. Seperti dalam Ibrani 12:2, “kerana kegembiraan yang menantikan-Nya, Yesus tidak peduli bahawa mati pada kayu salib adalah suatu hal yang memalukan. Sekarang Dia duduk di sebelah kanan takhta Allah”.

Dengan menggunakan petikan firman Tuhan ini sebagai petunjuk ekspresinya, Bruce memaparkan seorang Penyelamat yang unik dan penuh sukacita. Hasilnya, dia dikenali sebagai “Yesus yang tersenyum.” Kita juga boleh berlutut dan “berseru kepada Yesus, demi Yesus.” Semoga Dia memenuhi kita dengan diri-Nya agar orang di sekeliling kita dapat melihat kasih-Nya dinyatakan melalui kita!