Pak Cik Zaki bukan sahaja kawan bagi cendekiawan Kenneth Bailey; dia pembimbing yang boleh dipercayai dalam perjalanan ke Gurun Sahara yang luas dan mencabar. Dengan mengikut Pak Cik Zaki, Bailey berkata bahawa dia dan pasukannya menunjukkan kepercayaan mereka yang penuh padanya. Dengan erti kata lain, mereka sedang menegaskan, “Kami tidak tahu jalan ke mana kami pergi, dan jika pak cik membuat kami sesat, kesemua kami akan mati. Kami percaya akan kepimpinan pak cik sepenuhnya.”

Dalam keadaan yang amat lesu dan berdukacita, Daud tidak lagi bergantung pada bimbingan manusia, tetapi mencari arah tuju daripada Tuhan yang dilayani dia. Dalam Mazmur 61:3, kita membaca, “Dari negeri yang jauh aku berseru kepada-Mu, kerana aku putus asa. Bawalah aku ke tempat perlindungan yang selamat.” Dia merindukan keselamatan dan kelegaan apabila dibawa masuk ke dalam hadirat Tuhan yang menyegarkan (ayat 4-5).

Pimpinan Tuhan dalam kehidupan sangat diperlukan oleh orang yang dihuraikan dalam Alkitab sebagai domba yang sesat (Yesaya 53:6). Jika dibiarkan sendirian, kita akan kehilangan harapan dan sesat di gurun dunia yang hancur.

Tetapi kita tidak dibiarkan bersendirian! Kita ada Gembala yang akan memimpin kita ke “air yang tenang”, menyegarkan jiwa kita dan memimpin kita (Mazmur 23:2-3).

Apakah aspek kehidupan yang anda memerlukan pimpinan-Nya pada hari ini? Berserulah kepada Dia. Dia tidak akan meninggalkan anda.