Kerdipan Cahaya di Laut
“Saya berbaring di atas katil yang penuh dengan botol minuman keras dan berasa putus asa,” kata wartawan Malcolm Muggeridge apabila dia menulis tentang malam yang sangat menyedihkan semasa bekerja sebagai seorang perisik pada Perang Dunia II. “Saya bersendirian di alam semesta, seolah-olah tiada kerdipan cahaya selama-lamanya.”
Kasih Kurnia Besar dan Luas
Alexa, peranti kawalan suara Amazon, mempunyai ciri yang menarik: alat ini dapat memadamkan semua yang anda katakan. Apa sahaja yang anda minta daripada Alexa, atau memberi arahan untuk mendapat kembali maklumat, satu kalimat mudah (“Padamkan semua yang saya katakan hari ini”) maka ia akan menyapu bersih semuanya seolah-olah tiada sesuatu pun yang pernah berlaku. Sedihnya keupayaan ini tidak wujud dalam bahagian kehidupan kita yang lain. Setiap silap kata, setiap perbuatan yang memalukan, setiap saat yang kita harap dapat dipadamkan—kita hanya perlu memberikan arahan dan semua perkara yang tidak menyenangkan itu akan lenyap.
Peranan Diraja
Apabila seseorang dalam keluarga diraja lebih layak menaiki takhta, maka semakin ramai orang akan lebih ingin tahu mengenai dia. Ahli-ahli keluarga diraja yang lain pula hampir dilupakan. Keluarga diraja British mempunyai pewaris takhta yang merangkumi hampir seramai 60 orang. Salah seorang ialah Lord Frederick Windsor, yang merupakan pewaris takhta Britain ke-49. Namun dia lebih suka menjalani kehidupannya secara senyap-senyap, bukannya menjadi perhatian ramai. Walaupun dia bekerja sebagai penganalisis kewangan, dia tidak dianggap sebagai “kerabat diraja yang bekerja”—seorang ahli keluarga penting yang dibayar gaji kerana mewakili keluarga.
Bagaimanakah untuk Menunggu
Oleh sebab berasa hampa dan kecewa terhadap gereja, Trevor yang berusia 17 tahun memulakan pencarian selama bertahun-tahun untuk mendapatkan jawapan. Tetapi dalam semua pencarian itu, dia tidak menemukan perkara yang dapat memuaskan kerinduannya atau menjawab semua persoalannya.
Tersimpan dalam Hati
Setelah seorang budak lelaki menghadapi beberapa cabaran di sekolah, ayahnya mula mengajarnya satu ikrar untuk dilafazkannya setiap pagi sebelum pergi ke sekolah. “Saya berterima kasih kepada Tuhan yang membangunkan saya pada pagi ini. Saya akan pergi ke sekolah supaya saya boleh belajar … dan menjadi seorang pemimpin mengikut rancangan Tuhan.” Melalui ikrar ini, ayah itu berharap untuk membantu anaknya teguh menghadapi cabaran-cabaran kehidupan yang tidak dapat dielakkannya.