Saya dan isteri saya amat menikmati perjalanan kami pada awal musim bunga yang menyegarkan. Tetapi saat-saat yang indah itu mungkin sahaja menjadi tragedi jika tiada tanda “Dilarang Masuk” yang memberi amaran bahawa kami sedang menuju ke arah yang salah. Mujurnya saya sempat membetulkan arah perjalanan. Apabila terfikir tentang segala kemungkinan buruk yang hampir berlaku ke atas kami dan orang lain sekiranya saya mengabaikan tanda tersebut, saya pun menggigil ketakutan.

Kata-kata penutup dalam kitab Yakobus menekankan kepentingan pembetulan. Siapakah antara kita yang tidak perlu “dibawa kembali” daripada jalan, tindakan, keputusan atau keinginan yang salah? Tiada seorang pun yang menyedari kerosakan yang mungkin menimpa diri kita atau orang lain jika tiada orang yang berani menegur pada masa yang tepat.

Yakobus menekankan kepentingan memberikan pembetulan dengan niat yang baik, “Sesiapa memimpin seorang berdosa berbalik dari jalan yang salah, orang itu menyelamatkan jiwa orang berdosa itu daripada kematian dan menyebabkan banyak dosa diampunkan” (5:20). Pembetulan ialah penyataan belas kasihan Tuhan. Semoga kasih dan keprihatinan kita terhadap orang lain akan mendorong kita bercakap dan bertindak dengan cara yang dikehendaki-Nya, supaya “memimpin [orang yang sesat] kembali kepada Allah” (ayat 19).