Penulis Mark Twain berpendapat bahawa apa sahaja yang kita lihat dalam kehidupan dan cara kita melihatnya akan mempengaruhi langkah kita yang seterusnya dan matlamat hidup kita. Twain menulis, “Ketika imaginasi anda kehilangan fokus, anda tidak dapat mempercayai apa yang dilihat.”
Petrus juga bercakap tentang penglihatan ketika dia menjawab seorang pengemis lumpuh yang ditemuinya dan Yohanes di Pintu Indah Rumah Tuhan (Kisah Rasul-Rasul 3:2). Ketika pengemis itu meminta wang daripada mereka, Petrus dan Yohanes memandang terus kepadanya. “Lalu Petrus berkata, ‘Pandanglah kami!’ ” (ayat 4).
Mengapakah dia berkata demikian? Sebagai pengikut Kristus, mungkin Petrus mahu agar pengemis itu berhenti melihat keterbatasannya sendiri mahupun keperluannya terhadap wang. Ketika dia memandang mereka, dia dapat melihat perubahan kerana kepercayaannya kepada Tuhan.
Petrus berkata kepadanya, “ ‘Aku sama sekali tidak mempunyai wang, tetapi apa yang ada padaku akan aku berikan kepadamu: dengan kuasa Yesus Kristus orang Nasaret itu, berjalanlah!’ Lalu Petrus memegang tangan kanan orang lumpuh itu dan menolong dia bangun. Seketika itu juga kaki dan pergelangan kaki orang lumpuh itu menjadi kuat. Lalu dia melompat bangun, … serta memuji Allah” (ayat 6-8).
Apakah yang berlaku? Pengemis itu percaya kepada Tuhan (ayat 16). Penginjil Charles Spurgeon menggesa, “Berfokus hanya pada Dia.” Apabila kita berbuat demikian, kita tidak melihat halangan, melainkan Tuhan yang menyediakan jalan bagi kita.
ILHAM
Iman dijelaskan sebagai apa yang diperlukan untuk mempercayai dan menyenangkan Tuhan. Ini sebab di sebalik orang yang terkenal dalam Alkitab dapat menyempurnakan perkara yang dilakukan mereka (lihat Ibrani 11).Petikan pada hari ini mengatakan penyembuhan orang lumpuh percaya kepada Yesus (Kisah Rasul-Rasul 3:16). Tetapi iman siapa sebenarnya? Adakah orang lumpuh yang disembuhkan dan percaya kepada Yesus itu beriman? Mungkin ya, kerana ia memerlukan iman untuk bangun apabila Petrus memegang tangannya. Namun ia berkemungkinan lebih besar merujuk kepada iman Petrus. Pengisytiharan penyembuhan dan keyakinan untuk memegang orang lumpuh itu menonjolkan bahawa Petrus, penyembuh beriman dalam kuasa nama Yesus—Mesias—untuk menjadikan mukjizat ini.