Bulan: September 2020

Jangan Terpedaya

Benah (lanternfly) ialah sejenis serangga cantik dengan sayap luar yang berbintik-bintik dan tompok merah cerah di sayap dalamnya yang berkelip ketika terbang. Tetapi kecantikannya adalah sejenis penyamaran. Serangga yang pertama kali ditemukan di Amerika Syarikat pada tahun 2014 ini dianggap berbahaya di Amerika Utara kerana serangga ini berpotensi membahayakan ekonomi dan alam sekitar. Serangga tersebut akan “makan isi sebarang tumbuhan berkayu,” termasuklah pokok ceri dan pokok-pokok buah lain, dan meninggalkan benda lekit yang menyebabkan kulapuk. Akibatnya, pokok akan mati dengan serta-merta atau sukar untuk menghasilkan buah. 

Memberi Sedaya Upaya

Penskalaan (Scaling) ialah istilah yang digunakan dalam dunia kecergasan yang memberikan peluang bagi setiap orang untuk menyertainya. Sekiranya latihan tertentu ialah tekan tubi, mungkin anda boleh melakukannya 10 kali berturut-turut, tetapi saya hanya boleh melakukan sebanyak 4 kali. Galakan yang diberi oleh jurulatih kepada saya adalah mengubahsuai bilangan tekan tubi mengikut tahap kecergasan. Kita tidak berada pada tahap yang sama, tetapi kita boleh bergerak menuju arah yang sama. Dengan kata lain, dia akan berkata, “Buat tekan tubi sebanyak 4 kali dengan segala tenaga anda. Jangan membandingkan diri anda dengan orang lain. Ubahsuaikan pergerakan anda sekarang dan terus lakukan semampu yang boleh. Pada suatu hari kelak, anda pasti kagum apabila anda dapat melakukannya sebanyak 7 kali, bahkan 10 kali.”

Empati Melaksanakan Tugas

Rakan saya, Ellen bekerja mengira gaji untuk firma perakaunan. Pekerjaan ini mungkin kedengaran mudah, tetapi ada kalanya majikan menyerahkan maklumat mereka lebih lambat daripada masa yang ditentukan. Akibatnya, Ellen harus bekerja lebih masa supaya para pekerja menerima gaji tepat pada masa. Dia melakukan ini disebabkan pertimbangan terhadap ahli keluarga yang bergantung pada wang tersebut untuk membeli barang harian, membeli ubat dan membayar pinjaman perumahan.

Selamat Tinggal dan Helo 

Semasa abang saya, David tiba-tiba meninggal kerana kegagalan jantung, perspektif saya tentang kehidupan berubah secara mendadak. David ialah anak keempat antara 7 adik-beradik dalam keluarga saya tetapi dia yang pertama meninggalkan kami. Kematiannya membuat saya banyak berfikir. Jelas bahawa apabila usia kita semakin meningkat, keluarga kami akan mengalami lebih banyak kehilangan orang tersayang pada masa depan. Ungkapan “selamat tinggal” akan diucapkan sebanyak sapaan “helo.” 

Perlindungan Ikan Paus

Seorang ahli biologi marin sedang berenang berhampiran Kepulauan Cook di Lautan Pasifik Selatan. Tiba-tiba seekor ikan paus bonggol seberat lebih kurang 23,000 kg muncul dan menyelipkan wanita itu di bawah siripnya. Wanita itu menyangka hidupnya nyawa-nyawa ikan. Tetapi setelah berenang dengan perlahan-lahan dalam bulatan, ikan paus itu melepaskannya. Ketika itulah dia melihat seekor jerung harimau sedang meninggalkan kawasan tersebut. Dia percaya bahawa ikan paus itu telah melindunginya daripada bahaya.