Saya terserempak dengan seorang kawan lama yang memberitahu saya keadaan terkininya, tetapi saya rasaini kedengaran agak mustahil. Bagaimanapun, dalam masa beberapa bulan selepas perbualan itu, kumpulan muziknya muncul di mana-mana. Lagu mereka menduduki tangga teratas dalam carta lagu di radio dan menjadi lagu popular dalam iklan TV. Dia cepat menjadi popular.
Kita leka menjadi orang yang penting dan berjaya—pencapaian besar yang diperoleh dengan dramatik dan lekas. Tetapi perumpamaan biji sawi dan ragi menggambarkan Pemerintahan Tuhan di bumi adalah kecil, tersembunyi, dan nampaknya tidak penting malah pekerjaannya berjalan dengan lambat dan beransur-ansur.
Ini sama dengan pekerjaan Raja Syurgawi kita, Yesus Kristus. Misi Kristus memuncak dalam hidup-Nya, seperti benih ditanam dalam tanah; bagaikan ragi yang tersembunyi dalam adunan tepung. Namun Dia bangkit, seperti pokok yang tumbuh dari tanah dan seperti roti ketika dibakar. Yesus bangkit.
Kita dijemput untuk hidup mengikut cara-Nya, cara yang berterusan dan beransur-ansur. Untuk melawan godaan yang bertindak menurut cara sendiri, merebut kuasa dan mewajarkan tindakan-tindakan yang mementingkan keuntungan. Hasilnya— “pokok, sehingga burung datang membuat sarang pada cabangnya” (ayat 32) dan roti yang digunakan untuk jamuan—adalah pekerjaan Kristus, bukannya kita.