Pada April 2019, satu kawasan pinggir bandar di Victorville, California, telah “tenggelam” di dalam belukar tumbleweed. Angin kuat telah meniup belukar ini ke Gurun Mojave yang bersebelahan dan bertumbuh di sana. Apabila menjadi matang, tumbuhan pengganggu tersebut boleh bertumbuh sehingga 1.8 meter—saiz yang cukup besar untuk melepaskan diri daripada akarnya untuk “bergolek” mengikut angin untuk menyebarkan benihnya.

Belukar ini terlintas dalam minda saya ketika saya membaca gambaran Yeremia tentang seseorang “yang meninggalkan [TUHAN]” (Yeremia 17:5). Dia mengatakan bahawa mereka yang bersandar kepada kekuatan “manusia” akan menjadi seperti “semak di gurun. Ketika hal yang baik datang, [mereka] tidak melihatnya” (ayat 5-6, AVB). Inilah bertentangan dengan mereka yang berharap kepada Tuhan dan bukan pada manusia. Seperti pokok, akar yang kuat dan mendalam mendapat kekuatan daripada-Nya sehingga boleh terus hidup walaupun berada dalam keadaan seperti kemarau.

Belukar tumbleweed dan pokok mempunyai akar. Walau bagaimanapun, belukar tidak menghubungkan sumber kehidupan, akibatnya menjadi kering dan mati. Sebaliknya, pokok tetap menghubungkan akarnya, sehingga terus bertumbuh, berakarkan sumber yang dapat menopangnya pada masa kesukaran. Apabila kita berpegang teguh pada Tuhan, kita menerima kekuatan dan dorongan daripada kebijaksanaan dalam Alkitab dan berbicara dengan Dia dalam doa, kita juga dapat mengalami kekuatan-Nya yang mencukupi untuk memelihara hidup kita.