Ketika melarikan diri dari rumahnya dengan kelam-kabut akibat kebakaran di California pada tahun 2018, Gabe, seorang pelajar menengah tinggi terlepas peluang untuk menyertai perlumbaan merentasi desa peringkat negeri. Dia sudah lama mempersiapkan diri bagi kelayakan tersebut tetapi kini dia kehilangan peluang untuk mengambil bahagian—acara kemuncak dalam kerjayanya sebagai pelari sejak 4 tahun yang lalu. Memandangkan keadaan Gabe, lembaga olahraga negeri memberinya peluang yang dia perlu berlari sendiri untuk mencapai masa kelayakan di trek larian sekolah saingan. Gabe kehilangan kasutnya akibat kebakaran. Tetapi ketika dia muncul ke “perlumbaan”, Gabe dikejutkan dengan kehadiran para pesaingnya yang datang memberinya kasut yang sesuai dan berlari di sebelahnya untuk memastikan dia mengekalkan kelajuan yang layak untuk memasuki pertandingan peringkat negeri.

Sebenarnya, pesaing Gabe tidak perlu membantunya. Mereka boleh sahaja mementingkan diri (Galatia 5:13) dan ini meningkatkan peluang untuk menang. Tetapi Paulus menggesa kita supaya memperlihatkan hasil Roh Tuhan iaitu “saling mengasihi dan saling menolong”, “berbudi” dan “baik hati” (ayat 13, 22). Apabila kita bersandar kepada pertolongan Roh Kudus agar tidak bertindak mengikut sifat naluri kita, kita dapat mengasihi orang lain di sekeliling kita dengan lebih baik.