Pokok sedar Alaska (pokok malar hijau berkayu keras) bergoyang ke kiri dan ke kanan ketika ditiup oleh angin ribut yang kuat. Regie menyukai pokok sedar Alaska yang bukan hanya tempat berteduh semasa musim panas tetapi juga memberikan privasi kepada keluarganya. Tetapi ribut kencang telah menyebabkan akar pokok itu tercabut. Regie dan anak lelakinya yang berumur 15 tahun cuba menyelamatkan pokok seberat lebih 40kg itu daripada tumbang dengan menahannya tetapi mereka tidak cukup kuat.

Tuhanlah kekuatan Raja Daud ketika dia memanggil-Nya dalam ribut jenis yang lain (Mazmur 28:8). Beberapa pengulas Alkitab berkata bahawa dia menulis mazmur ini pada waktu hidupnya hancur. Anak lelakinya memberontaknya dan cuba merampas takhta (2 Samuel 15). Dia berasa tidak berdaya serta lemah kerana takut kalau-kalau Tuhan tidak menolongnya, dia akan mati (Mazmur 28:1). Dia berseru, “Dengarkanlah aku ketika aku berseru meminta pertolongan” (ayat 2). Tuhan memberi Daud kekuatan untuk terus hidup walaupun hubungan dengan anaknya tidak pernah pulih.

Keinginan terbesar kita adalah kita mampu mengelakkan perkara buruk. Tetapi dalam kelemahan kita, Tuhan berjanji bahawa kita selalu dapat memanggil-Nya untuk menjadi pembela kita (ayat 1–2). Pada saat kita tidak memiliki kekuatan, Dia adalah gembala yang akan menjaga kita selamanya (ayat 8–9).