Saya, ibu dan adik-beradik saya berada di samping ayah ketika dia menghembuskan nafas terakhir. Ayah akan genap 89 tahun dalam beberapa hari lagi ketika Tuhan memanggil dia pulang. Pemergiannya meninggalkan kekosongan dan memori sebagai kenangan. Tetapi kami memiliki harapan bahawa suatu hari nanti kami akan bertemu semula dengan dia.

Kami memiliki harapan itu kerana kami percaya bahawa ayah bersama dengan Tuhan yang mengenal dan mengasihinya. Ketika ayah menghembuskan nafasnya yang pertama, Tuhan menghembuskan nafas ke dalam paru-parunya (Yesaya 42:5). Bahkan sebelum nafasnya yang pertama dan yang seterusnya, Tuhan terlibat dalam setiap perincian kehidupan ayah, demikianlah juga hidup anda dan saya. Tuhan dengan indahnya mencipta dan “membentuk” ayah dalam rahim ibunya (Mazmur 139:13–14). Ketika ayah menghembuskan nafas terakhir, Roh Kudus hadir, memeluknya dalam kasih dan memegang dia (ayat 7–10).

Tuhan juga akan berbuat demikian untuk semua anak-Nya. Tuhan mengetahui setiap saat kehidupan kita di dunia ini (ayat 1–4). Kita amat berharga bagi Dia. Dalam setiap hari yang akan datang, marilah kita bersorak “Pujilah TUHAN” (150:6) bersama-sama dengan “semua makhluk yang hidup!