Baru-baru ini, saya bertemu dengan sekumpulan rakan saya. Dalam perbualan, ternyata masing-masing mereka sedang berhadapan dengan masalah besar. 2 rakan kami mempunyai ibu bapa yang sedang melawan penyakit kanser. Seorang mempunyai anak yang bermasalah gangguan pemakanan. Seorang menghidapi penyakit kronik. Manakala seorang lagi telah menjalani pembedahan besar. Hal-hal itu adalah beban berat bagi rakan-rakan saya yang berumur 30-an atau 40-an.

1 Tawarikh 16 menceritakan saat penting dalam sejarah Israel ketika Tabut Perjanjian dibawa ke Kota Daud (Yerusalem). Samuel memberitahu kita bahawa hal itu terjadi pada zaman kedamaian sebelum dan selepas peperangan berlaku (2 Samuel 7:1). Ketika Tabut Perjanjian ditempatkan di Khemah TUHAN, yang melambangkan hadirat Tuhan, Daud memimpin umat itu menyanyikan lagu puji-pujian kepada Tuhan (1 Tawarikh 16:8–36). Bangsa itu bersama-sama menaikkan pujian tentang kuasa Tuhan yang ajaib, tindakan-Nya dalam memenuhi janji-Nya, dan perlindungan-Nya pada masa lalu (ayat 12–22). “Carilah Tuhan dan kekuatan-Nya, carilah wajah-Nya selalu” (ayat 11, ATB). Mereka harus berbuat demikian kerana lebih banyak peperangan yang bakal terjadi.

Carilah Tuhan dan kekuatan-Nya, carilah wajah-Nya selalu (ayat 11, ATB). Inilah nasihat baik yang harus dituruti ketika kita berhadapan dengan penyakit, masalah keluarga dan cabaran-cabaran lain, kerana kita tidak ditinggalkan untuk berjuang dengan tenaga kita yang semakin lemah. Tuhan yang berkuasa sentiasa hadir dan menjaga kita.

Tuhan akan memberi kita kemenangan.