Menghargai Buku Terbaik
Iceland, sebuah negara kecil yang suka membaca. Hakikatnya, dilaporkan bahawa setiap tahun negara ini menerbitkan dan membaca lebih banyak buku bagi setiap orang berbanding dengan negara lain. Pada hari sebelum Krismas, ini adalah normal bagi orang Iceland memberikan buku kepada ahli keluarga dan sahabat handai serta membacanya hingga larut malam. Tradisi ini wujud sejak Perang Dunia II, ketika aktiviti import dihadkan malah harga kertas murah. Penerbit di Iceland mula membanjiri pasaran dengan judul buku yang baru semasa penghujung musim luruh. Kini satu katalog tentang terbitan baru di negara itu akan dihantar ke setiap rumah penduduk Iceland pada pertengahan bulan November. Tradisi ini dikenal sebagai Limpahan Buku Krismas.
Nama untuk Bayi itu
Inilah satu perbualan yang tidak perlu wujud antara Maria dan Yusuf ketika mereka menantikan kelahiran bayi yang ada dalam kandungannya: “Yusuf, siapakah nama yang patut kita berikan kepada bayi ini?” Tidak seperti kebanyakan orang yang menantikan kelahiran anak, mereka tidak mempunyai masalah dalam menamakan anak ini.
Demi Kemuliaan-Nya
Selepas makan malam Krismas, menantu perempuan saya, Ana menghidangkan tang yuan. Sup sirap panas dengan bebola tepung pulut yang berwarna-warni ini ialah pencuci mulut tradisional yang dimakan oleh orang Cina pada perayaan pertengahan musim sejuk, yang juga jatuh pada musim Krismas. Pete, anaknya yang berumur 3 tahun, akan berteriak dengan bangga. “Aku yang buat ni dan ni!” Saya tertawa—walaupun bebola tepung pulut yang dibuat oleh Pete mempunyai saiz-saiz yang aneh, dia menganggap semua ialah karya agungnya.
Apakah yang Anda Pakai?
Pasukan bola keranjang perempuan Argentina menyertai perlawanan dengan memakai jersi pasukan yang salah. Jersi biru mereka hampir sama dengan jersi biru gelap Columbia, dan sebagai pasukan pelawat, mereka sepatutnya memakai jersi berwarna putih. Oleh sebab tiada masa untuk mengganti jersi tersebut, mereka terpaksa melepaskan peluang untuk bertanding. Pada masa depan, Argentina sudah pasti akan memeriksa semula pakaian mereka.
Bahasa Salib