Month: Disember 2020

Pimpinan Tuhan 

Ketika sebuah bank tersilap memasukkan wang sebanyak $120,000 ke dalam akaun sepasang suami isteri, mereka menghabiskan wang tersebut dengan membeli-belah. Mereka membeli sebuah kereta SUV, sebuah karavan, dan dua pacuan kenderaan empat roda di samping melangsaikan semua hutang. Setelah menyedari kesilapan tersebut, bank itu pun meminta pasangan suami isteri itu mengembalikan wang. Tetapi malangnya, pasangan itu sudah habis membelanjakannya. Kemudian mereka pun didakwa atas kesalahan melakukan pencurian feloni. Ketika pasangan itu sampai ke mahkamah rendah, suami itu berkata kepada wartawan, “Kami telah mendapatkan nasihat undang-undang yang buruk.” Pasangan suami isteri itu kemudiannya menyedari bahawa menuruti nasihat yang buruk itu (dan membelanjakan apa yang bukan kepunyaan mereka) boleh membawa kesan buruk ke atas hidup mereka.

Yesus—Pemberian Terhebat (Kembali Kepada Erti Natal Sebenar)

Yesus—Pemberian Terhebat

 

Lagu-lagu seperti itu lebih menekankan kehadiran individu tertentu berbanding kehadiran Yesus Kristus di dalam hati atau kehidupan peribadi seseorang.

Menjelang bulan Disember, Hari Natal sangat dinantikan oleh orang Kristian. Ia bertujuan untuk memperingati kelahiran Sang Penebus dan Juruselamat kita, Yesus Kristus yang telah lahir ke dunia untuk menjadi jalan selamat bagi mereka yang percaya kepada-Nya. Namun tidak dinafikan pada…

Krismas yang berbeza?

Krismas yang berbeza?

 

Baris pertama sebuah lagu Krismas berbunyi sebegini: “Waktu kecil kita merindukan natal, dan semua hadiah yang menawan”. Lagu ini mengungkapkan sebahagian besar keadaan hati kita. Kita sangat bersukacita saat merayakannya. Kegembiraan itu masih kita rasakan walaupun sudah beberapa minggu telah berlalu. Sehinggalah pada suatu masa, kita mulai merindukannya kembali. Kita merindukan saat-saat berkumpul, berkunjung ke rumah-rumah, pujian…

Dalam Pasukan yang Sama

Ketika pemain quarterback (pemain yang menyerang) daripada pasukan Philadelphia Eagle, Carson Wentz kembali ke padang selepas sembuh daripada kecederaan yang teruk, pemain quarterback gantian dalam kumpulan Liga Bola Sepak Amerika (NFL), iaitu Nick Foles dengan relanya kembali ke bangku simpanan. Walaupun bersaing untuk posisi yang sama, kedua-dua orang itu memilih untuk menyokong satu sama lain dan tetap yakin dalam peranan masing-masing. Seorang pemberita melihat bahawa kedua-dua atlet itu memiliki “hubungan unik yang berakar dalam iman mereka kepada Kristus.” Ini ditunjukkan melalui doa mereka yang berterusan untuk satu sama lain. Melalui hal itu, mereka memuliakan nama Tuhan dengan mengingati bahawa mereka berada dalam kumpulan yang sama—bukan hanya sebagai quarterback Eagles, melainkan orang yang percaya kepada Yesus serta duta bagi-Nya.

Rasa Bersalah Dihapuskan 

Selama bertahun-tahun, Deepika memikul beban berat akan rasa bersalah disebabkan oleh caranya memperlakukan adik perempuannya sewaktu mereka masih kecil. Walaupun dia sudah meminta maaf dan menerima pengampunan adiknya, dia masih berasa bersalah.