Buku cerita The Wonderful Wizard of Oz (Penyihir Oz) mengisahkan watak-watak Dorothy, Orang-orang, Manusia Timah dan Singa Pengecut yang kembali ke Negara Oz dengan penyapu yang memberi kuasa kepada Penyihir Agung Oz dari Barat. Si Penyihir telah berjanji bahawa sebagai ganjaran untuk pemulangan penyapu itu, dia akan memberi 4 keinginan utama mereka: perjalanan pulang untuk Dorothy, otak untuk Orang-orang, hati untuk Manusia Timah dan keberanian untuk Singa Pengecut. Tetapi Penyihir Agung Oz dengan sengaja melengahkan waktu dan memberitahu mereka untuk kembali pada keesokan harinya.

Semasa mereka membuat permintaan kepada Penyihir, anjing Dorothy yang bernama Toto menarik tirai yang menutupi tempat Penyihir itu berada. Rupanya, dia bukan seorang penyihir, tetapi cuma seorang lelaki yang ketakutan dan gelisah dari Nebraska.

Dikatakan bahawa pengarang cerita ini, L. Frank Baum berasa marah terhadap Tuhan. Dia ingin menyampaikan mesej bahawa hanya kita yang mempunyai kuasa untuk menyelesaikan masalah kita sendiri.

Secara kontras, rasul Yohanes menarik balik tabir untuk mendedahkan Tuhan yang benar-benar hebat di sebalik “tirai.” Yohanes tidak dapat menggambarkan dengan jelas (perhatikan pengulangan kata sendi seperti dalam petikan), tetapi mesejnya disampaikan dengan baik: Tuhan duduk di atas takhta-Nya, dikelilingi oleh lautan kaca (Wahyu 4:2, 6). Meskipun masalah menimpa kita di dunia ini (fasal 2–3), Tuhan tetap berkuasa untuk membantu kita. Dia aktif bekerja demi manfaat kita supaya kita dapat mengalami kedamaian-Nya.