Ketika saya melihat lebah hinggap di atas Sej Rusia (sejenis tumbuhan herba), saya terkagum pada keindahan bunga-bunganya yang rimbun dan berwarna cerah. Bunga birunya yang mekar menarik perhatian saya dan lebah. Namun pada musim luruh yang lalu, saya tidak pasti jika tumbuhan ini akan berkembang semula setelah ibu serta bapa mentua saya memangkas tumbuhan yang biru keunguan itu hingga ke tunggul dahan. Saya mengandaikan bahawa mereka ingin menyingkirkannya. Namun sekarang saya menyaksikan hasil pemangkasan yang berseri hasil walaupun prosesnya kelihatan begitu kejam bagi saya.

Kecantikan yang mengagumkan hasil daripada pemangkasan yang kejam mungkin merupakan salah satu cara Yesus untuk menggambarkan pekerjaan Tuhan di kalangan orang beriman. Dalam Yohanes 15, Dia berkata, “Aku pokok anggur yang sejati, dan Bapa-Ku peladang anggur. Setiap carang-Ku yang tidak berbuah dikerat oleh-Nya, dan setiap carang yang berbuah dipangkas oleh-Nya supaya bersih dan berbuah lebih lebat (AYAT 1-2).

Kata-kata Yesus mengingatkan kita bahawa pada waktu senang dan sukar, Tuhan sentiasa bekerja dalam diri kita untuk pembaharuan rohani dan menghasilkan buah. Pada musim “pemangkasan” atau ketandusan emosi yang menderita, kita mungkin tertanya-tanya jika kita akan mekar semula. Namun Kristus mendorong kita mendekati-Nya. “Carang sendiri tidak dapat berbuah, kecuali tetap pada pokoknya. Demikian juga kamu; kamu hanya dapat berbuah, jika kamu tetap bersatu dengan Aku” (AYAT 4).

Apabila kita mendapat makanan rohani daripada Yesus secara berterusan, hasil kecantikan dan buah dalam kehidupan kita (AYAT 8) akan menunjukkan kebaikan Tuhan kepada dunia ini.