Ramalan cuaca itu menjangkakan taufan bom. Itulah yang berlaku apabila ribut musim sejuk meningkat dengan mendadak sedangkan tekanan atmosfera menurun. Apabila malam menjelang, ribut salji menyebabkan keadaan di lebuh raya ke lapangan terbang Denver hampir tidak kelihatan. Tetapi apabila anak perempuan anda sendiri yang terbang pulang untuk melawat anda, anda pasti melakukan segala-galanya. Anda akan mengambil baju tambahan dan air (sekiranya anda terkandas di lebuh raya), memandu dengan sangat perlahan, berdoa tanpa henti, dan yang terpenting, percaya kepada lampu depan kenderaan anda. Kadangkala, anda akan mencapai sesuatu yang hampir mustahil seperti ini.

Yesus menubuatkan ribut tentang kematian-Nya (Yohanes 12:31-33), dan ini akan mencabar kesetiaan pengikutnya dalam pelayanan (AYAT 26). Keadaan pada masa itu menjadi gelap dan hampir tidak kelihatan. Jadi apakah yang dilakukan mereka menurut Yesus? Percayalah kepada cahaya (AYAT 36). Itulah satu-satunya cara mereka agar dapat terus maju ke depan dan tetap setia.

Yesus hanya akan bersama dengan mereka sebentar lagi. Tetapi orang percaya memiliki Roh-Nya sebagai panduan kita yang berterusan untuk menerangi jalan. Kita juga akan menghadapi masa gelap yang hampir mustahil untuk melihat jalan di depan kita. Tetapi dengan mempercayai cahaya itu, kita boleh terus maju ke depan.