Sotong bermata juling hidup di “zon senja” lautan, bahagian yang cahaya matahari hampir tidak dapat menembusi perairan dalam. Nama samaran sotong itu merujuk kepada dua matanya yang sangat berbeza: mata kiri berkembang mengikut masa untuk menjadi lebih besar daripada mata kanan—hampir dua kali lebih besar. Saintis yang mengkaji moluska (golongan binatang yang tidak bertulang belakang) tersebut telah menyimpulkan bahawa sotong menggunakan mata kanannya yang lebih kecil untuk melihat ke paras bawah laut yang lebih dalam. Mata kiri yang lebih besar pula melihat ke atas, ke arah cahaya matahari.

Sotong itu tidak menggambarkan hidup di dunia kita sekarang dan kepastian masa depan yang kita nantikan sebagai orang yang “sudah dihidupkan semula bersama-sama Kristus” (Kolose 3:1). Dalam surat Paulus kepada jemaah di Kolose, dia menegaskan bahawa kita harus “memusatkan fikiran kepada perkara-perkara yang di syurga” kerana hidup kita “tersembunyi dengan Kristus di dalam Allah” (AYAT 2-3).

Sebagai penghuni bumi yang menantikan kehidupan kita di syurga, kita terus mengawasi apa yang berlaku di sekeliling kita di dunia nyata kita sekarang. Namun, seperti mata kiri sotong berkembang mengikut masa menjadi mata yang lebih besar dan lebih peka kepada apa yang berlaku di dunia atas laut, kita juga dapat semakin memperhatikan cara Tuhan bekerja di alam rohani. Kita mungkin belum memahami sepenuhnya apa yang dimaksudkan dengan hidup dalam Yesus, namun apabila kita melihat “ke atas,” mata kita akan mula melihat dengan lebih jelas.