Adik saya, Paul menghidapi epilepsi yang teruk sejak kecil. Apabila dia memasuki usia remaja, keadaanya bertambah buruk. Waktu malam menjadi sangat menyeksakan bagi dia dan ibu bapa saya, kerana dia sering mengalami sawan yang berulang kali sehingga lebih daripada 6 jam. Doktor tidak dapat menemukan rawatan yang dapat meredakan simptom-simptom itu. Sementara itu, tiada rawatan boleh membantu dia berada dalam keadaan sedar untuk masa pendek bagi hari siang. Ibu bapa saya berseru dalam doa, “Ya Tuhan, oh Tuhan, bantulah kami!”
Walaupun emosi mereka terganggu dan badan mereka letih, Paul dan ibu bapa saya mendapat cukup kekuatan daripada Tuhan setiap hari. Tambahan pula, ibu bapa saya mendapat ketenangan melalui Alkitab, termasuklah kitab Ratapan. Yeremia menyuarakan kesedihannya terhadap kemusnahan Yerusalem oleh tentera Babilonia. Pada saat itu, Yeremia bagaikan makan “racun yang pahit” (3:19). Namun Yeremia tidak putus harapan. Dia mengingati kasih Tuhan, bahawa rahmat-Nya “selalu baru setiap pagi” (AYAT 23). Begitu juga dengan ibu bapa saya.
Apa sahaja yang anda sedang hadapi, ketahuilah bahawa Tuhan setia setiap pagi. Dia membaharui kekuatan kita hari demi hari dan memberi kita harapan. Kadangkala, Tuhan menghiburkan kita, seperti keluarga saya. Selepas beberapa tahun, sejenis ubat baru telah dihasilkan, Paul tidak lagi mengalami sawan pada waktu malam. Dengan ini, keluarga saya dapat tidur dengan nyenyak dan harapan untuk masa depan dapat dipulihkan.
Apabila jiwa kita menjadi tertekan (AYAT 20), semoga kita ingati bahawa rahmat Tuhan adalah baru setiap pagi.