Month: Februari 2021

TIDAK PERNAH KESUNYIAN

“Inilah penderitaan yang lebih menyeksakan daripada kehilangan tempat tinggal, kelaparan atau penyakit,”tulis Maggie Fergusson dalam majalah “The Economist 1843”. Apakah tajuknya? Kesunyian. Fergusson menulis kadar kenaikan kesunyian, tanpa mengira sosial atau status ekonomi seseorang, dengan menggunakan contoh-contoh yang menyedihkan tentang rasanya kesunyian.

MENGHIDUPKAN LAMPU 

Semasa saya dan suami bersiap untuk berpindah ke negeri lain, saya ingin memastikan bahawa kami terus berhubung dengan anak-anak lelaki kami yang sudah dewasa. Saya menjumpai sebuah hadiah yang unik, iaitu lampu persahabatan yang disambungkan dengan internet, yang boleh dihidupkan dari jauh. Apabila saya memberikan lampu itu kepada anak-anak lelaki saya, saya menerangkan bahawa lampu mereka akan hidup apabila saya menyentuh lampu saya—untuk memberikan peringatan “bersinar” tentang kasih dan doa saya yang berterusan. Tidak kira betapa jauhnya jarak di antara kami, satu sentuhan di atas lampu mereka juga akan menghidupkan lampu di rumah kami. Walaupun kami tahu tiada suatu pun yang boleh menggantikan saat perhubungan yang intim ini, kami akan terdorong dengan mengetahui bahawa ada orang mengasihi dan mendoakan kami setiap kali kami menghidupkan lampu tersebut.

SEPERTI YESUS

Semasa kecil, ahli teologi Bruce Ware berasa kecewa kerana 1 Petrus 2:21-23 memanggil kita menjadi seperti Yesus. Ware menulis kegusaran masa mudanya dalam buku “The Man Christ Jesus” (Kemanusiaan Kristus Yesus). “Tidak adil. Terutamanya apabila Alkitab menyuruh kita mengikut Yesus yang ‘tidak pernah berdosa.’ Ini benar-benar tidak masuk akal … saya memang tidak dapat memahami mengapa Tuhan mahu kita menganggap kata-kata-Nya dengan serius.”

JANJI-JANJI YANG BERHARGA

Pada saat kita mengalami kegagalan besar, mudah bagi kita percaya bahawa segalanya sudah terlambat: kehilangan tujuan dan nilai hidup. Begitulah cara Elias, bekas banduan di penjara New York menggambarkan perasaannya. “Janji untuk masa depan sendiri dan janji tentang cita-cita saya , semuanya hilang.”

DIKUATKAN OLEH RAHMAT 

Semasa Perang Saudara Amerika, hukuman bagi meninggalkan medan perang tanpa izin ialah hukuman mati. Namun tentera pihak Kesatuan jarang menjatuhkan hukuman mati kerana panglima besar mereka, Abraham Lincoln, memaafkan hampir kesemua mereka. Ini menyebabkan Setiausaha Perang, Edwin Stanton sangat marah, kerana dia percaya bahawa sikap lembut Lincoln hanya akan menyebabkan lebih banyak pembolos tentera. Namun Lincoln berasa empati terhadap tentera yang telah kehilangan semangat dan menyerah kepada ketakutan di tengah-tengah kehangatan perang. Tindakan Lincoln membuat dia disayangi oleh askarnya. Mereka mengasihi “Bapa Abraham” mereka, dan kasih ini mendorong askarnya terus berkhidmat untuk Lincoln dengan giat.