Month: Februari 2021

KEMIRIPAN

Semasa kami sekeluarga pergi bersiar-siar, kami bertemu dengan seorang wanita yang mengenal keluarga suami saya sejak kecil. Dia melihat wajah Alan dan anak lelaki kami, Xavier. “Dia mirip dengan ayahnya,” katanya. “Mata itu. Senyuman itu. Ya. Kelihatan seperti ayah.” Apabila wanita itu mengatakan persamaan mereka yang begitu nyata, dia juga melihat keperibadian mereka yang serupa. Walaupun mereka mempunyai banyak persamaan, anak saya tidak mencerminkan ayahnya dengan sempurna.

ISYARAT KECEMASAN SOS 

Apabila pondok rumah seorang penduduk di wilayah pergunungan Alaska terbakar, dia kehilangan tempat tinggal dan hanya tinggal sedikit bekalan di negeri yang paling sejuk di Amerika Syarikat pada pertengahan musim sejuk. 3 minggu kemudian, lelaki itu akhirnya diselamatkan apabila sebuah pesawat melalui tempat itu terlihat isyarat kecemasan SOS di atas salji yang dilapisi jelaga.

SESUATU YANG BARU

Pertanian sukar dilakukan di kawasan yang kekurangan air tawar. Untuk membantu menyelesaikan masalah ini, Syarikat Seawater Greenhouse telah mencipta sesuatu yang baru: “rumah dingin” di Somaliland, Afrika, dan negara-negara lain yang beriklim sama. Rumah dingin menggunakan tenaga suria untuk mengepam dan memercikkan air masin pada dinding yang diperbuat daripada kadbod beralun-alun. Apabila air mengalir ke bawah setiap papan panel, ia akan meninggalkan garamnya. Sebahagian besar baki air tawar tersejat di dalam struktur itu, yang menjadi tempat lembap bagi pertumbuhan buah dan tanaman sayur.

PERAYAAN YANG MENGGEMBIRAKAN 

Kawan saya Sharon meninggal dunia setahun sebelum kematian Melissa, anak perempuan remaja kawan saya, Dave. Mereka berdua telah terbunuh dalam kemalangan jalan raya yang tragis. Pada suatu malam, Sharon dan Melissa muncul dalam mimpi saya. Mereka tertawa dan bercakap sementara mereka menggantungkan panji-panji di sebuah dewan besar dan tidak melihat saya ketika saya melangkah masuk ke dewan itu. Sebuah meja panjang dengan alas kain putih telah disediakan dengan pinggan dan cawan emas. Saya bertanya sama ada saya boleh bantu untuk menghias, tetapi mereka nampaknya tidak mendengar saya dan terus bekerja. Kemudian Sharon berkata, “Parti ini merupakan majlis perkahwinan Melissa.”