Kumpulan muzik tempatan Over the Rhine dinamakan sempena kawasan kejiranan kolar biru yang tabah di Cincinnati, Ohio. Mereka menyanyikan transformasi yang berlaku di bandar itu setiap tahun. “Setiap tahun salji turun untuk kali pertama, terasa seperti sesuatu yang suci sedang berlaku. Sedikit seperti permulaan yang baru. Bandar ini akan menjadi kurang sibuk dan sunyi.” jelas pengasas bersama kumpulan itu, Linford Detweiler.

Sekiranya anda pernah mengalami salji yang turun lebat, anda akan memahami keadaan ini dapat memberi inspirasi tentang sebuah lagu. Ketenangan yang ajaib menyelubungi dunia ketika salji menyembunyikan kotoran dan kekaburan. Untuk seketika, kesuraman musim sejuk yang semakin cerah mendorong kita merenungkannya dengan kegembiraan.

Elihu, satu-satunya rakan Ayub yang mungkin mempunyai pandangan tentang Tuhan yang membantu. Perhatikan bagaimana ciptaan Tuhan menarik perhatian kita. “Allah bergemuruh secara ajaib dengan suara-Nya,” katanya (Ayub 37:5, AVB). “Salji jatuh ke bumi atas perintah-Nya, dan hujan lebat turun atas suruhan-Nya.” Keagungan seperti itu menghentikan kesibukan kehidupan kita untuk sejenak. “Dia menghentikan pekerjaan manusia, supaya mereka tahu apa yang dapat dilakukan-Nya,” seperti yang diperhatikan Elihu (ayat 6-7).

Kadang-kadang alam semula jadi menarik perhatian kita dengan cara yang kita tidak suka. Tidak kira apa yang berlaku kepada kita atau apa yang kita perhatikan di sekitar kita, setiap saat—mengagumkan, mengancam, atau biasa-biasa sahaja—dapat membangkitkan penyembahan kita. Jiwa penyair dalam diri kita merindukan kesenyapan kudus.