Semasa saya menolong anak saya membuat kerja rumah matematiknya, jelas dia kurang minat menyelesaikan soalan matematik yang berkaitan dengan konsep yang sama. “Aku faham, ayah!” dia berkeras dan berharap saya akan membiarkannya melakukan semua tugasannya. Kemudian saya dengan lembut menjelaskan bahawa konsep tetaplah konsep, kecuali kita mempraktikkannya.
Paulus menulis tentang kenyataan ini kepada rakan-rakannya di Filipi. “Lakukanlah apa yang telah kamu pelajari dan terima daripadaku, baik kata-kata mahupun perbuatanku” (Filipi 4:9). Dia menyebut lima perkara: sehati—ketika dia menggesa Euodia dan Sintikhe untuk berdamai (ayat 2–3); bersukacita—ketika dia mengingatkan para pembacanya untuk memupukkannya (ayat 4); bertolak ansur—ketika dia menggesa mereka supaya menjalinkan hubungan dengan orang di sekitar (ayat 5); berdoa—dia sendiri menjadi teladan bagi mereka melalui penulisan (ayat 6-7); dan menumpukan fikiran—seperti yang ditunjukkannya di penjara (ayat 8). Sehati, bersukacita, bertolak ansur, berdoa, dan menumpukan fikiran—perkara-perkara yang sepatutnya kita amalkan sebagai orang yang percaya kepada Yesus. Seperti apa pun kebiasaan, nilai-nilai murni ini mesti diamalkan agar kita dapat bertumbuh dalam Kristus.
Malahan berita baik untuk kesemua kita, seperti yang dikatakan Paulus kepada jemaah di Filipi, “Allah sentiasa bekerja di kalangan kamu untuk membuat kamu mahu dan sanggup melakukan apa yang dikehendaki-Nya” (2:13). Kita tidak mempraktikkan nilai murni dengan kekuatan kita sendiri. Tuhan akan menyediakan apa yang kita perlukan (4:19).