Bulan: Mac 2021

Hari Ke-2: Jamuan Paska

Pembacaan: Lukas 22:1–23

Sejak permulaan pelayanan Yesus, pemimpin Yahudi telah berkomplot melawan Yesus (lihat Lukas 6:11), dan sekarang mereka sedang mencari peluang untuk membunuh-Nya. Mereka berasa gembira apabila salah seorang pengikut-Nya sendiri membuat keputusan untuk mengkhianati-Nya (ayat 3-6). Lukas memberi kita dua sebab mengenai pengkhianatan ini. “Kemudian Iblis memasuki Yudas yang disebut Iskariot, seorang daripada dua belas orang pengikut Yesus” (ayat 3).…

Hari Ke-1: Penyelamat Manusia

Pembacaan: Lukas 1:39-56

Malaikat Gabriel telah mengumumkan kelahiran dua orang anak lelaki. Seorang merupakan nabi Tuhan, iaitu Yohanes (ayat 76), dan seorang lagi Anak Tuhan, iaitu Yesus (ayat 32, 35). Seorang akan mengisytiharkan penyelamatan (ayat 17, 76), seorang lagi akan membawa penyelamatan (ayat 46-55, 68-75).

Sebelum dilahirkan, anak lelaki Elisabet sudah memulakan pelayanannya untuk menunjukkan orang lain tentang kebesaran Yesus. Pada saat…

Kuasa Salib Kristus

Jika bukan kerana salib Yesus dan darah-Nya yang tertumpah, kita tidak akan mempunyai cara untuk bebas daripada dosa dan tidak mungkin tampil benar di hadapan Tuhan.

Perlindungan Tuhan 

Tindakan berani askar Tentera Darat Amerika Syarikat, Desmond Doss dipaparkan dalam filem tahun 2016, Hacksaw Ridge. Kepercayaan Doss melarang dia meragut nyawa manusia, tetapi sebagai seorang tentera perubatan, dia berkomitmen untuk menyelamatkan nyawa walaupun dia menghadapi risiko keselamatan sendiri. Kata-kata penghargaan terhadap Doss di Majlis Pingat Kehormatan pada 12 Oktober 1945 termasuklah: “Prebet Kelas Pertama Doss menolak untuk mencari perlindungan dan tetap berada di medan peperangan yang dihujani peluru, membawa askar-askar lain satu demi satu ke tepi lereng curam. ... Dia tanpa ragu-ragu mengharungi letupan bom dan tembakan-tembakan musuh untuk membantu seorang pegawai artileri.”

Tengoklah Saya!

“Lihat tarian puteri pari-pari saya, nenek!” Cucu perempuan saya yang berusia 3 tahun memanggil saya dengan gembira sementara dia berlari di halaman pondok kami, wajahnya tersengih lebar. “Tariannya” membawa senyuman. Namun abangnya dengan sayu berkata, “Dia bukan menari, dia hanya berlari,” tetapi itu tidak merosakkan kegembiraan adiknya ketika percutian dengan keluarga.

Menyambut Kerabat Diraja 

Setelah bertemu dengan Ratu England di sebuah majlis di Scotland, Sylvia dan suaminya menerima pesanan bahawa keluarga diraja ingin mengunjungi mereka untuk minum teh. Sylvia mula membuat pembersihan dan persiapan untuk menjadi tuan rumah bagi tetamu diraja itu. Sebelum mereka tiba, dia pergi ke luar memetik beberapa kuntum bunga untuk menghiaskan mejanya, dan jantungnya berdegup kencang. Kemudian dia merasakan Tuhan mengingatkannya bahawa Dialah Raja segala raja dan Dia bersama-samanya setiap hari. Ketika itu, dia berasa damai dan berfikir, “Lagipun, dia hanya ratu!”