“Lihat tarian puteri pari-pari saya, nenek!” Cucu perempuan saya yang berusia 3 tahun memanggil saya dengan gembira sementara dia berlari di halaman pondok kami, wajahnya tersengih lebar. “Tariannya” membawa senyuman. Namun abangnya dengan sayu berkata, “Dia bukan menari, dia hanya berlari,” tetapi itu tidak merosakkan kegembiraan adiknya ketika percutian dengan keluarga.

Ahad Paska pertama adalah hari yang gembira bercampur sedih. Ketika Yesus menunggang keldai dan memasuki Yerusalem, orang ramai berseru-seru dengan bersemangat, “Diberkatilah Dia yang datang dengan nama Tuhan! Pujilah Allah!” (Matius 21:9). Namun kebanyakan mereka mengharapkan seorang Mesias yang boleh membebaskan mereka daripada pemerintah Roma, bukan seorang Penyelamat yang akan mati kerana dosa mereka pada minggu itu.

Kemudian pada hari itu, walaupun dengan marah para ketua imam mempersoalkan kewibawaan Yesus, kanak-kanak yang berada di Rumah Tuhan menyatakan kegembiraan mereka dengan berseru-seru, “Pujilah Anak Daud!” (ayat 15), mungkin mereka melompat-lompat dan melambaikan dahan pokok palma sambil berlari di sekitar halaman itu. Mereka menyembah-Nya dengan sepenuh hati, Yesus memberitahu para ketua imam yang marah itu, Tuhan “telah mengajar anak-anak dan bayi mengucapkan pujian yang sempurna” (ayat 16). Apatah lagi, mereka kini berada di hadapan Penyelamat!

Yesus mengajak kita untuk melihat siapa Dia. Apabila kita berbuat demikian, kita mesti bersorak-sorai seperti seorang kanak-kanak yang penuh sukacita di hadapan-Nya.