Month: Mac 2021

Kenali Suara-Nya

Pada suatu tahun, gereja Ken menggunakan haiwan hidup untuk mengisahkan cerita Alkitab dalam kem sekolah minggu. Ketika Ken tiba untuk menolong, dia diminta untuk membawa seekor domba ke dalam gereja. Dia perlu menyeret binatang berbulu itu dengan tali ke gimnasium gereja. Tetapi beberapa hari kemudian, domba itu semakin senang untuk mengikutinya. Menjelang hujung minggu, Ken tidak perlu memegang tali lagi; dia hanya memanggil dan domba itu terus mengikutinya, kerana mengetahui Ken boleh dipercayai.

Sesuatu yang Lebih Besar

Lebih daripada 200 sukarelawan membantu Oktober Books, sebuah kedai buku di Southampton, England, memindahkan semua barangnya ke bangunan baru di jalan itu. Para sukarelawan berbaris di laluan jalan dan mengedar buku melalui “rantaian manusia.” Setelah menyaksikan tindakan para sukarelawan itu, seorang kakitangan kedai berkata, “Ini sangat menyentuh hati apabila melihat ramai orang menolong. Mereka mahu menjadi sebahagian daripada sesuatu yang lebih besar.”

Tujuan untuk Beristirahat 

Sekiranya anda ingin hidup lebih lama, ambillah cuti! 40 tahun selepas kajian mengenai beberapa orang ahli eksekutif yang pertengahan umur dijalankan, setiap mereka mempunyai risiko menghidapi penyakit jantung, para penyelidik di Helsinki, Finland, membuat susulan kajian mereka. Para saintis ini menemukan sesuatu yang tiada dalam penemuan asalnya: kadar kematian lebih rendah antara mereka yang telah mengambil masa untuk bercuti.

Lebih Manis daripada Madu

Pada Hari Chicago, Oktober 1893, teater kota itu ditutup kerana pemiliknya menganggap semua orang akan menghadiri Pameran Sedunia. Lebih daripada 700 ribu orang pergi, tetapi Dwight Moody (1837–1899) ingin mengisi sebuah dewan muzik di bahagian lain kota Chicago dengan khutbah dan ajaran Tuhan. Rakannya R. A. Torrey (1856–1928) tidak percaya bahawa Moody dapat menarik orang ramai pada hari yang sama dengan pameran tersebut. Tetapi dengan rahmat Tuhan, dia berjaya. Seperti yang disimpulkan oleh Torrey kemudian, orang ramai datang kerana Moody tahu “satu-satunya Kitab yang harus diketahui oleh dunia ini sejak awal—Alkitab.” Torrey rindu melihat orang lain juga mencintai Alkitab seperti Moody, membacanya secara tetap dengan penuh dedikasi dan semangat.