Sekiranya anda ingin hidup lebih lama, ambillah cuti! 40 tahun selepas kajian mengenai beberapa orang ahli eksekutif yang pertengahan umur dijalankan, setiap mereka mempunyai risiko menghidapi penyakit jantung, para penyelidik di Helsinki, Finland, membuat susulan kajian mereka. Para saintis ini menemukan sesuatu yang tiada dalam penemuan asalnya: kadar kematian lebih rendah antara mereka yang telah mengambil masa untuk bercuti.

Pekerjaan adalah bahagian penting dalam kehidupan—bahagian yang ditetapkan Tuhan kepada kita, bahkan sebelum hubungan kita dengan Dia terputus dalam Kejadian 3. Salomo menulis tentang pekerjaan yang sia-sia kerana mereka tidak bekerja untuk kemuliaan Tuhan—”khuatir seumur hidup” dan mengalami “penderitaan batin” (Pengkhutbah 2:22–23). Apabila mereka tidak bekerja secara aktif, dia mengatakan “hati mereka resah” kerana mereka memikirkan apa yang masih perlu dilakukan (ayat 23).

Kadangkala, kita juga berasa seperti “mengejar angin” (ayat 17) dan berasa kecewa terhadap ketidakmampuan kita untuk “menyelesaikan” kerja kita. Tetapi ketika kita ingat bahawa Tuhan adalah sebahagian pekerjaan kita—tujuan hidup kita—kita dapat bekerja keras dan mengambil masa untuk berehat. Kita boleh mempercayai Dia sebagai Pembekal kita, kerana Dia adalah pemberi segalanya. Salomo mengakui bahawa “Siapakah yang dapat makan dan menikmati hidup tanpa Allah?” (ayat 25). Mungkin dengan mengingatkan diri kita akan kebenaran itu, kita dapat bekerja dengan tekun untuk Dia (Kolose 3:23) dan mengizinkan diri kita beristirahat.