Month: April 2021

Minum Susu Dahulu

Pada abad ke-7, United Kingdom pada hari ini terbentuk oleh banyak kerajaan yang sering berperang. Apabila seorang raja, Oswald dari Northumbria, percaya kepada Yesus, dia memanggil seorang misionari membawa Injil ke wilayah itu. Seorang lelaki bernama Corman telah diutus tetapi tugas penginjilan tidak berjalan dengan lancar. Oleh sebab Corman berpendapat bahawa orang Inggeris “keras kepala”, “kasar” dan tidak berminat langsung terhadap khutbahnya, dia beredar pulang dengan kecewa.

Ibu Saya Kata

Ibu Saya Kata

 

“Saya teringat ketika saya masih kecil dan masih bersekolah, ibu saya selalu memberikan motivasi supaya saya sentiasa bersemangat dan rajin belajar. Ibu saya akan berkata, “belajar betul-betul Ondu (dia panggil saya Ondu), supaya kau boleh jadi macam si Din.” Ibu saya selalu menceritakan kepada saya tentang cita-cita yang ingin dicapai oleh si Din (anak buah ibu saya)…

Berganding Tangan 

Joe telah bekerja lebih daripada 12 jam sehari dan selalunya tidak berehat langsung. Sebegitu banyak masa dan tenaga dituntut untuk memulakan kerja amal sehingga dia tidak mempunyai banyak masa untuk menemani isteri dan anak-anaknya ketika dia pulang. Setelah Joe dimasukkan ke hospital akibat tekanan yang kronik, seorang rakannya menubuhkan sepasukan orang untuk membantunya. Walaupun dia amat keberatan untuk melepaskan kuasa pengurusan, Joe sedar bahawa dia tidak dapat meneruskan beban kerjanya. Dia bersetuju untuk mempercayai rakannya—dan Tuhan—sewaktu dia membahagikan tugas kepada sekumpulan orang yang dipilih mereka. Setahun kemudian, Joe mengakui bahawa badan amal dan keluarganya tidak mungkin menjadi makmur sekiranya dia menolak pertolongan yang diberikan Tuhan kepadanya.

Berdakap dalam Pangkuan-Nya

“Ayah, boleh baca buku ini untuk saya?” anak perempuan saya bertanya. Itu bukanlah permintaan yang luar biasa daripada seorang anak kecil kepada ibu atau bapanya. Akan tetapi, anak perempuan saya sudah berumur 11 tahun. Kini, permintaan seperti ini semakin berkurangan berbanding waktu yang dia masih kecil. “Ya, boleh.” Saya menjawabnya dengan senang hati dan dia baring berlingkar dekat saya di atas sofa. 

Belajar Daripada Kebodohan 

Seorang lelaki masuk ke sebuah kedai serbaneka di Wollongong, Australia. Dia meletakkan wang kertas $20 di kaunter dan meminta pertukaran duit kecil. Ketika juruwang membuka laci kaunter tunai, lelaki itu mengeluarkan sepucuk pistol dan menuntut semua wang yang ada. Dengan serta-merta kerani itu memberikannya. Lelaki itu pun mengambil wang tersebut, dan bergegas melarikan diri tanpa mengambil wang kertas $20 di kaunter. Berapakah jumlah wang yang diperolehnya dari laci? Lima belas dolar.