Month: April 2021

Tingkap

Berhampiran kaki Gunung Himalaya, seorang pengunjung memperhatikan sederet rumah yang tiada tingkap. Pemandunya menjelaskan bahawa sesetengah penduduk kampung takut akan roh jahat yang mungkin akan menyelinap masuk ke dalam rumah ketika mereka sedang tidur, jadi mereka membina dinding dengan bahan yang tidak telap. Anda dapat tahu seseorang pemilik rumah percaya kepada Yesus jika dia memasang tingkap supaya cahaya dapat masuk ke dalam rumah. 

Batasan dalam Percintaan

Batasan dalam Percintaan

 

Manusia sememangnya diciptakan untuk berhubung dan berinteraksi dengan satu sama lain. Perasaan kasih, sayang, dan perasaan tertarik kepada orang yang berlawanan jenis adalah perasaan yang normal dan memang ada di dalam DNA setiap manusia. Bagaimanapun, hubungan adalah sesuatu yang sangat kompleks dan rumit untuk dibincangkan, apalagi untuk dijalani. Ada banyak masalah yang timbul, terutamanya apabila hubungan tersebut…

Memberikan Pengampunan

Ketika Beata mengenang bagaimana dia memaafkan Manasseh, lelaki yang membunuh suaminya dan beberapa orang anaknya dalam pembunuhan kaum di Rwanda, dia berkata, “Pengampunan aku berasal daripada apa yang telah dilakukan Yesus. Dia telah menanggung hukuman atas setiap perbuatan jahat sepanjang masa. Kayu salib-Nya tempat kita memperoleh kemenangan—satu-satunya tempat!” Manasseh telah berkali-kali menulis surat kepada Beata dari penjara untuk meminta pengampunannya dan Tuhan, selain menceritakan mimpi ngeri yang selalu menghantuinya. Pada mulanya Beata tidak dapat mengampuni Manasseh dan berkata bahawa dia sangat membencinya kerana telah membunuh keluarganya. Akan tetapi, dia teringat akan pengorbanan Yesus pada kayu salib dan dengan pertolongan Tuhan, dia mengampuni Manasseh dua tahun kemudian.

Aktiviti Bagasi

Karen, seorang guru sekolah menengah mengadakan suatu aktiviti untuk mengajar murid-muridnya bagaimana lebih memahami antara satu sama lain. Dalam “Aktiviti Bagasi”, pelajar menulis beberapa beban emosi mereka. Catatan-catatan yang dikongsikan tanpa menulis nama menolong para pelajar menyelami kesukaran yang dihadapi masing-masing, kerap kali rakan-rakan sebaya itu menunjukkan respons dengan lelehan air mata. Sejak hari itu, para remaja kelas tersebut penuh rasa saling hormat yang mendalam dan kini juga semakin mempunyai rasa empati sesama sendiri.

Anak-Anak Terang 

Apabila penerbangan saya harus merentasi zon masa yang berbeza, saya mencuba pelbagai cara untuk mengelakkan lesu pesawat (jet lag). Rasanya saya telah mencuba semua cara! Saya pernah menyesuaikan masa makan dalam penerbangan dengan zon masa tempat yang saya tuju. Saya tidak makan malam seperti penumpang yang lain, sebaliknya saya terus menonton filem dan cuba tidur. Pilihan saya untuk tidak makan sangat mencabar dan sarapan pagi yang dihidangkan sebelum masa mendarat tidaklah membuka selera langsung. Akan tetapi, melakukan sesuatu yang berbeza dengan orang di sekitar saya itu berkesan. Ia telah dapat menyelaraskan masa jasmani saya ke zon masa yang baru.