Kita Percaya kepada Tuhan
Pada awal Perang Revolusi Amerika, ekspedisi dilancarkan untuk menentang pasukan tentera Inggeris di Quebec. Ketika ekspedisi itu melalui Newburyport, Massachusetts, dalam perjalanan ke Kanada, mereka menziarahi kubur penginjil terkenal, George Whitefield. Mereka mendapati bahawa keranda Whitefield dibuka dengan paksa, malah kolar pakaian paderi serta lengan baju ditanggalkan. Kain-kain itu dipotong-potong menjadi cebisan lalu dibahagi-bahagikan kerana kepercayaan karut bahawa ia dapat membawa kemenangan kepada para askar.
Cara Pembersihan
Dua orang kanak-kanak menyanyikan lagu “Selamat Hari Jadi” dengan riang—masing-masing sebanyak dua kali—sambil membasuh tangan mereka di singki. “Inilah masa yang diperlukan untuk membuang kuman,” kata ibu mereka. Sebelum pandemik COVID-19, mereka telah belajar mengambil masa untuk membersihkan kotoran daripada tangan mereka.
Memilih untuk Memuliakan Tuhan
Dalam karya cerpen Leo Tolstoy, Family Happiness (Rumah Tangga yang Bahagia), watak-watak utamanya iaitu Sergey dan Masha, bertemu ketika Masha masih muda dan mudah terpengaruh. Sergey pula seorang yang lebih tua dan merupakan seorang peniaga yang selalu berpergian, mengetahui dunia luar berbanding dengan Masha yang duduk di kawasan terpencil. Masa berlalu, kedua-duanya jatuh cinta dan berkahwin.
Apakah Yang Anda Bimbang
Kebimbangan dapat menimpa kita dalam pelbagai bentuk terutamanya pada waktu tercetusnya pandemik ini. Namun, tidak ada yang dapat mengatasi atau mengalahkan Tuhan kita.
Harapan: Memilih Iman, Bukan Ketakutan
Apabila menghadapi keadaan hidup yang paling sukar dan tragik, kita boleh percaya kepada Tuhan. Dia tidak akan meninggalkan kita.