Berkongsi tentang Yesus
Tidak lama setelah Dwight Moody (1837–99) percaya kepada Kristus, penginjil ini memutuskan untuk berkongsi Berita Baik tentang Tuhan Yesus kepada sekurang-kurangnya satu orang setiap hari. Pada hari-harinya yang sibuk, dia kadangkala terlupa tentang azamnya sehingga larut malam. Suatu malam, dia berbaring di atas katil dan tiba-tiba teringat akan azamnya. Dia pun melangkah keluar rumah, Tiada orang akan keluar waktu hujan lebat ini, fikirnya. Kemudian dia melihat seorang lelaki sedang berjalan di jalan raya. Moody bergegas mendapatkan lelaki itu dan memintanya berdiri di bawah payungnya untuk mengelakkan hujan. Pada saat pelawaannya diterima, dia bertanya, “Adakah kamu mempunyai tempat berteduh semasa hujan ribut melanda hidup kamu? Bolehkah aku memberitahu kamu tentang Yesus?”
Rahmat dan Belas Kasihan Tuhan
Sekuntum bunga matahari tumbuh megah di pembahagi jalan lebuh raya yang sunyi, yang tidak jauh dari lorong laju. Ketika saya memandu melintasi kawasan itu, saya tertanya-tanya bagaimana bunga itu boleh tumbuh di situ tanpa bunga-bunga matahari yang lain di sepanjang jalan. Hanya Tuhan yang dapat membuat bunga itu tumbuh dengan baik meskipun ia begitu dekat dengan jalan raya yang berbatu kerikil. Di situ, bunga itu berkembang, bergoyang ditiup angin sepoi-sepoi dan seolah-olah menyapa pengguna jalan raya dengan ceria.
Kuasa Injil
Roma pada zaman kuno mempunyai versi “Injil” tersendiri, iaitu Berita Baik. Menurut seorang penyair bernama Virgil, dia mengatakan bahawa Zeus, dewa yang terutama telah menetapkan Roma sebagai sebuah kerajaan yang tiada pengakhiran atau batasan. Para dewa telah memilih Maharaja Augustus sebagai anak dewa dan penyelamat dunia yang membawa keamanan dan kemakmuran pada zaman kegemilangannya.
Pengakhiran yang Hebat
Suami dan anak saya melayari beberapa saluran televisyen untuk menonton filem, kemudian mereka mendapati bahawa filem-filem kegemaran mereka sedang ditayangkan pada masa yang sama. Oleh sebab mereka suka menonton adegan terakhir, pencarian antara babak-babak tersebut menjadi satu permainan. Mereka berjaya menemukan 8 adegan kegemaran mereka. Dengan kecewa, saya bertanya mengapa mereka tidak memilih sebuah filem untuk ditonton dari awal. Suami saya ketawa. “Semua orang suka pengakhiran yang hebat, bukan?”