Month: Ogos 2021

Penyembuh yang Agung 

Ketika seorang ahli keluarga saya yang mengalami alahan makanan yang teruk mula beransur pulih setelah menerima rawatan perubatan, saya menjadi sangat teruja sehingga saya bercakap tentang hal ini sepanjang masa. Saya menggambarkan proses rawatan yang memerlukan usaha gigih dan memuji doktor yang telah mewujudkan program ini. Akhirnya, beberapa rakan memberi komen, “Kami fikir Tuhanlah yang harus dipuji untuk penyembuhan ini.” Pernyataan mereka membuat saya tergamam untuk seketika. Adakah saya telah mengalihkan pandangan saya daripada Penyembuh Agung kita dan mengagung-agungkan penyembuhan itu?

Mengendahkan Amaran

Ketika saya sedang bercuti di negara lain, seorang penyeluk saku cuba mencuri barang kepunyaan saya, namun hal itu tidak lagi mengejutkan bagi saya. Saya pernah membaca suatu amaran terhadap pencuri dalam pengangkutan awam, jadi saya tahu apa yang harus dilakukan untuk melindungi dompet saya. Tetapi saya tidak pernah menjangkakan hal ini akan berlaku kepada saya.

Warga Kerajaan Tuhan

Apabila sekumpulan pemimpin agama bertanya kepada Yesus sama ada rakyat berbangsa Yahudi harus membayar cukai kepada Kaisar, Dia memberikan jawapan yang mengejutkan. Dia meminta mereka melihat pada kedua-dua belah muka syiling Roma dan berkata, “Berikan apa yang menjadi milik Kaisar kepada Kaisar, dan berikan apa yang menjadi milik Allah kepada Allah.”

Apakah maksud kenyataan itu bagi kita yang hidup 2,000…

3 Perkara yang Boleh Dilakukan oleh Orang Kristian Apabila Malaysia Sedang Menderita

 

Baca: Yeremia 29:7“Bekerjalah untuk kemakmuran kota tempat Aku membuang kamu. Berdoalah kepada-Ku untuk kepentingan kota itu, kerana jika kota itu makmur, kamu pun akan makmur.”

 

Cuba tanyalah sesiapa tentang masalah-masalah di negara kita, anda akan dapat senarai keluhan yang panjang, baik dari segi ekonomi, pendidikan anak-anak kita, hubungan kaum, dan status kita dalam arena antarabangsa. Sekiranya saya memulakan topik-topik…

Alasan yang Baik

Ada dua wanita duduk sebaris di kedua-dua belah tempat duduk tepi laluan dalam pesawat. Dalam penerbangan selama 2 jam ini, interaksi mereka menarik perhatian saya. Kelihatannya mereka saling mengenal, bahkan mereka mungkin adalah ahli keluarga. Wanita yang lebih muda (mungkin berusia 60-an) kerap mencapai begnya untuk memberikan kepingan epal segar kepada wanita yang lebih tua (saya rasa dia berusia 90-an). Kemudian dia memberikan sandwic buatan sendiri serta tuala kecil, dan yang terakhir, dia memberikan beberapa helaian akhbar New York Times. Dia memberikan benda-benda itu dengan lembut dan sopan. Ketika kami berdiri untuk keluar dari pesawat, saya berkata kepada wanita yang lebih muda itu, “Aku perhatikan cara kamu menjaganya sangat baik.” Dia menjawab, “Dia kawan baikku. Dia ibuku.”

Penyediaan Tuhan

Kami telah mengembara jauh ke dalam hutan dan semakin menjauhi perkampungan di wilayah Yunnan, China. Selepas sejam dalam perjalanan, kami mendengar deruan air yang sangat kuat. Kami segera bergerak dan akhirnya sampai di satu kawasan yang lapang dengan pemandangan yang sangat indah. Air terjun yang jernih melata mengalir dari atas batu-batu yang berwarna kelabu. Sungguh menakjubkan!