Ketika saya sedang bercuti di negara lain, seorang penyeluk saku cuba mencuri barang kepunyaan saya, namun hal itu tidak lagi mengejutkan bagi saya. Saya pernah membaca suatu amaran terhadap pencuri dalam pengangkutan awam, jadi saya tahu apa yang harus dilakukan untuk melindungi dompet saya. Tetapi saya tidak pernah menjangkakan hal ini akan berlaku kepada saya.

Syukurlah, dompet saya terlepas daripada tangan pemuda yang ingin mencurinya, sehingga dompet itu jatuh ke lantai dan saya dapat mengambilnya semula. Kejadian itu mengingatkan saya bahawa saya seharusnya berwaspada menurut amaran tersebut.

Kita selalunya tidak mengendahkan amaran kerana kita berfikir bahawa ia akan menghalang kita untuk menikmati hidup, tetapi hal ini sangat penting. Sebagai contoh, Yesus memberi kita amaran yang jelas ketika mengutus pengikut-pengikut-Nya untuk memberitakan Pemerintahan Tuhan yang akan datang (Matius 10:7). Dia berkata, “Sesiapa mengaku dirinya pengikut-Ku di hadapan umum, Aku pun akan mengakui dia di hadirat Bapa-Ku di syurga. Tetapi sesiapa menyangkal Aku di hadapan umum, Aku pun akan menyangkal dia di hadirat Bapa-Ku di syurga” (ayat 32-33).

Kita mempunyai pilihan. Kerana kasih, Tuhan memberikan seorang Penyelamat dan menyediakan rancangan untuk kita berada di hadirat-Nya selama-lamanya. Tetapi jika kita berpaling daripada Tuhan dan memilih untuk menolak berita keselamatan serta kehidupan yang ditawarkan-Nya untuk kita pada masa sekarang dan selamanya, kita akan kehilangan kesempatan untuk bersama dengan Dia.

Semoga kita mempercayai Yesus, Dia yang memilih untuk menyelamatkan kita daripada mengalami perpisahan abadi, berpisah dengan Tuhan yang mengasihi dan menciptakan kita.