Ketika anak perempuan saya Hayley datang melawat, saya melihat anaknya, Callum yang berusia 3 tahun memakai pakaian yang pelik. Dia mengenakan pakaian yang tertulis “Jangan Menggaru”, sehelai pakaian berlengan panjang yang disambungkan dengan sarung tangan. Cucu lelaki saya, Callum menderita ekzema yang kronik, iaitu sejenis penyakit yang menyebabkan kulitnya gatal, kasar dan sakit. Pakaian “Jangan Menggaru” mencegah Callum daripada menggaru dan kulitnya tercalar,” jelas Hayley.
7 bulan kemudian, kulit Hayley mula memerah dan dia tidak dapat berhenti menggaru. “Sekarang aku faham apa yang dialami oleh Callum,” kata Hayley. “Mungkin aku juga harus memakai pakaian “Jangan Menggaru!”
Situasi Hayley mengingatkan saya tentang 2 Korintus 1:3–5, bahawa Paulus mengatakan Tuhan kita adalah “Allah sumber segala penghiburan. Dia menghibur kami dalam pelbagai kesusahan, supaya kami pula dapat menghibur orang yang mengalami kesusahan dengan penghiburan yang kami terima sendiri daripada Allah. Sebagaimana banyaknya penderitaan Kristus yang telah kami alami, begitulah banyaknya penghiburan yang kami terima daripada-Nya.”
Kadangkala Tuhan mengizinkan kita melalui masa-masa sukar seperti penyakit, kehilangan atau krisis. Melalui penderitaan, Dia mengajar kita menghayati penderitaan terbesar yang dialami oleh Kristus yang mati untuk kita pada kayu salib. Apabila kita berharap kepada penghiburan dan kekuatan-Nya, kita dapat menghibur dan mendorong orang lain dalam penderitaan mereka. Mari kita memikirkan orang yang memerlukan penghiburan kita kerana penghiburan yang kami terima daripada Tuhan.