Sejak kecil, Tenny tiada keyakinan diri. Dia mahu mendapatkan perhatian ayahnya tetapi ini tidak pernah berlaku. Apa sahaja yang dilakukannya, sama ada di sekolah atau di rumah, semuanya tidak pernah cukup baik. Walaupun kini dia sudah menjadi dewasa, perasaan tidak yakin diri itu masih ada. Ini membuatkan dia terus tertanya-tanya, “Adakah aku sudah cukup baik?

Hanya ketika Tenny menerima Yesus sebagai Penyelamatnya, dia mendapat keyakinan dan penerimaan yang sangat dirindukannya. Dia memahami bahawa Tuhan telah menciptakannya, mengasihi serta menghargainya sebagai anak-Nya. Kini Tenny dapat hidup dengan keyakinan bahawa dia benar-benar bernilai dan dihargai.

Dalam Yesaya 43:1–4, Tuhan berkata kepada umat pilihan-Nya bahawa setelah menciptakan mereka, Dia akan menggunakan kuasa dan kasih-Nya untuk menebus mereka. Dia menyatakan, “Kamu berharga bagi-Ku.” Dia akan menyelamatkan mereka kerana Dia mengasihi mereka (ayat 4).

Nilai seseorang yang dikasihi Tuhan bukan berdasarkan apa yang kita lakukan, melainkan berdasarkan kebenaran yang sederhana dan berkuasa bahawa Dia telah memilih kita menjadi milik-Nya.

Kata-kata dalam Yesaya 43 tidak hanya memberi keyakinan besar kepada Tenny, malahan menguatkan dia melakukan yang terbaik bagi Tuhan dalam apa pun tugas yang menjadi panggilan hidupnya. Sekarang dia menjadi seorang pastor yang bersungguh-sungguh mendorong orang lain dengan kebenaran ini: kita diterima dan dihargai oleh Yesus. Semoga kita hidup dalam kebenaran dengan yakin pada hari ini.