Bayangkan Dia yang menumbuhkan pokok sedar, melalui biji benih dan memulakan hidup sebagai embrio; Dia yang menjadikan bintang-bintang, menyerahkan diri kepada rahim; Dia yang menjadikan langit, menjadi satu titik yang kelihatan pada ultrabunyi. Pada hakikatnya, Yesus ialah Tuhan, mengosongkan diri-Nya sendiri (Filipi 2:6-7, TB). Segala ini sungguh luar biasa!

Bayangkan senario Dia dilahirkan di sebuah perkampungan petani, di kalangan para gembala dan malaikat serta cahaya yang terang di langit, dengan bunyi-bunyian binatang sebagai lagu senandung-Nya yang pertama. Perhatikan saat-saat Dia semakin disukai dan dihormati orang: sebagai seorang remaja, dia mengagumkan para guru dengan memberikan jawapan kepada soalan-soalan yang besar; sebagai seorang pemuda di Yordan yang mendapat perkenan daripada Bapa-Nya yang di syurga; dan di padang gurun, ketika Dia bergelut dalam kelaparan dan doa.

Selanjutnya, ketika Dia melancarkan misi yang mengubah dunia—menyembuhkan orang sakit, menyentuh orang kusta dan mengampuni orang berdosa. Perhatikan bagaimana Dia berlutut di taman dengan kesengsaraan, ketika mereka menangkap-Nya dan rakan-rakan rapat-Nya melarikan diri. Perhatikan apabila Dia diludahi, disalibkan, dan menanggung dosa dunia. Tetapi lihatlah, ketika batu penutup digulingkan, kubur itu menjadi kosong kerana Dia hidup!

Lihat bagaimana Yesus ditinggikan (ayat 9). Perhatikan ketika nama-Nya disembah di seluruh langit dan bumi (ayat 10-11).

Pencipta segala bintang telah menjadi satu titik pada ultrabunyi. Dialah Bayi Krismas kita.