Tangisan Tanpa Rasa Salah
“Maaf,” kata Karen. Dia meminta maaf kerana menangis. Setelah kematian suami, dia bekerja keras untuk menjaga anak-anak remajanya. Ketika beberapa orang saudara dari gereja mengadakan aktiviti perkhemahan pada hujung minggu untuk menghiburkan mereka dan Karen boleh berehat, Karen menangis dengan kesyukuran dan meminta maaf berulang kali kerana air matanya.
Doa Tidak Dijawab
Adakah kita sudah sampai? / Belum lagi. / Adakah kita sudah sampai? / Belum lagi. Itulah permainan berulangan yang kami mainkan selama 16 jam pertama dalam perjalanan pulang (dan pastinya bukan kali terakhir) ke Arkansas dari Colorado ketika anak-anak kami masih kecil. Anak sulung dan anak kedua saya terus-menerus bermain permainan itu. Sekiranya saya mengeluarkan RM1.00 setiap kali mereka bertanya, tentu saya sudah memiliki timbunan wang ringgit. Itulah soalan yang anak-anak saya sangat ingin tahu, tetapi saya (pemandu) juga turut tertanya-tanya, Adakah kita sudah sampai? Jawapannya ialah Belum lagi, tetapi sekejap lagi.
Sempurna Seperti Kristus
“Kesempurnaan merupakan salah satu perkataan yang paling menakutkan bagi aku,” tulis Kathleen Norris. Dia dengan serius membandingkan kesempurnaan zaman moden dengan kesempurnaan yang dijelaskan dalam kitab Matius. Kesempurnaan zaman moden digambarkannya sebagai “penyakit psikologi serius yang membuat orang terlalu takut untuk menghadapi risiko yang mungkin ada.” Tetapi perkataan “sempurna” yang diterjemahkan dalam kitab Matius sebenarnya bermaksud matang, lengkap atau utuh. Norris menyimpulkan, “Untuk menjadi sempurna ... seseorang harus bertumbuh dan menjadi cukup matang supaya membawa manfaat kepada orang lain.”
Berharap kepada Tuhan
Ada 6 minggu lagi barulah bayi itu akan dilahirkan. Tetapi doktor baru sahaja mendiagnosis ibu bayi itu, Whitney bahawa dia menghidapi kolestasis, sejenis penyakit hati yang biasa berlaku semasa kehamilan. Dengan emosi yang berkecamuk, Whitney digegas ke hospital untuk menerima rawatan dan diberitahu kelahiran bayinya akan dipercepat dalam masa 24 jam! Sementara itu di bahagian lain hospital, ventilator dan peralatan lain telah disediakan untuk penyakit-penyakit COVID-19 yang kian meningkat dengan mendadak. Akibatnya, Whitney dihantar pulang. Dia membuat keputusan untuk mempercayai Tuhan dan rancangan-Nya, dan dia melahirkan bayi yang sihat beberapa hari kemudian.