Ada 6 minggu lagi barulah bayi itu akan dilahirkan. Tetapi doktor baru sahaja mendiagnosis ibu bayi itu, Whitney bahawa dia menghidapi kolestasis, sejenis penyakit hati yang biasa berlaku semasa kehamilan. Dengan emosi yang berkecamuk, Whitney digegas ke hospital untuk menerima rawatan dan diberitahu kelahiran bayinya akan dipercepat dalam masa 24 jam! Sementara itu di bahagian lain hospital, ventilator dan peralatan lain telah disediakan untuk penyakit-penyakit COVID-19 yang kian meningkat dengan mendadak. Akibatnya, Whitney dihantar pulang. Dia membuat keputusan untuk mempercayai Tuhan dan rancangan-Nya, dan dia melahirkan bayi yang sihat beberapa hari kemudian.

Apabila firman Tuhan berakar dalam diri kita, itu mengubah cara kita bertindak balas dalam situasi yang mencabar. Yeremia hidup dalam kalangan masyarakat yang kebanyakan orang bergantung pada keupayaan manusia dan pemujaan berhala yang berleluasa. Nabi ini membezakan orang yang “meninggalkan Aku (Tuhan), dan yang berharap kepada manusia serta bersandar kepada kekuatan manusia fana” (Yeremia 17:5) dengan orang yang mempercayai Tuhan. “Tetapi orang yang berharap kepada-Ku akan Kuberkati selalu. Dia bagaikan pokok yang tumbuh di tepi sungai … Musim panas tidak ditakutinya, kerana daun-daunnya selalu hijau”(ayat 7-8).

Sebagai orang yang percaya kepada Yesus, kita dipanggil untuk hidup dengan iman apabila kita mencari Dia untuk jalan penyelesaian. Ketika Dia memberikan kekuatan, kita dapat memilih sama ada terus berasa takut atau mempercayai Dia. Tuhan mengatakan bahawa kita diberkati dan berasa puas hati sepenuhnya ketika kita memilih untuk mempercayai Dia.