Acara mendedahkan jantina bayi pada tahun 2019 sungguh dramatik. Pada bulan Julai, satu video memperlihatkan sebuah kereta yang mengeluarkan asap biru untuk menunjukkan, “Inilah anak lelaki!” Pada bulan September, sebuah pesawat terbang pertanian di Texas menyimbah beratus-ratus gelen air merah jambu untuk mengumumkan, “Inilah anak perempuan!” Bagaimanapun, terdapat satu lagi “pendedahan” tentang perkara-perkara penting mengenai dunia ini, tempat yang kanak-kanak ini akan dibesarkan. Pada akhir tahun 2019, YouVersion (laman web Alkitab) mendedahkan bahawa ayat Alkitab yang paling banyak dikongsi, ditonjolkan dan ditandai pada tahun itu atas talian dan aplikasi telefon pintar ialah Filipi 4:6, “Janganlah khuatir akan apa pun. Dalam segala hal, berdoalah dan mintalah kepada Allah apa yang kamu perlukan. Apabila berdoa kepada Allah, hendaklah kamu selalu mengucap syukur.”
Itulah pendedahan yang sungguh penting. Orang menjadi cemas tentang banyak perkara akhir-akhir ini, misalnya keperluan hidup anak lelaki dan perempuan kita, pelbagai kisah keluarga dan rakan-rakan yang terpisah kerana bencana alam semula jadi dan peperangan. Akan tetapi dalam segala kekhuatiran ini, khabar baiknya adalah ramai orang berpegang pada ayat yang mengatakan, “Janganlah khuatir akan apa pun.” Selain itu, golongan orang yang sama ini mendorong orang lain dan juga diri mereka berdoa kepada Tuhan “dalam segala hal.” Pola fikiran yang tidak mengelakkan kekhuatiran hidup, tetapi menghadapinya telah menjadi “ucapan syukur” (Filipi 4:6, TB).
Ayat Alkitab yang tidak menjadi “ayat terkenal tahun ini” ialah “Kesejahteraan daripada Allah … akan menjaga hati dan fikiran kamu, kerana kamu sudah bersatu dengan Kristus Yesus” (ayat 7). Walau bagaimanapun, ayat Alkitab ini juga meyakinkan!