Ketika seorang rakan meminta saya bercakap dengan seorang gadis remaja di sebuah bengkel perihal kesucian, saya menolak. Ini kerana saya pernah lari dari rumah waktu remaja, malah hidup dalam pergelutan dan menanggung kesan yang disebabkan oleh perbuatan tidak bermoral selama berpuluh-puluh tahun. Setelah berkahwin dan kehilangan anak pertama kerana keguguran, saya berfikir Tuhan menghukum saya akibat dosa masa lalu saya itu. Akhirnya, apabila saya menyerahkan hidup kepada Kristus pada usia 30 tahun, saya mengaku dosa dan bertaubat … berulang kali. Akan tetapi, rasa bersalah dan malu masih menghantui saya. Mungkinkah saya dapat berkongsi rahmat Tuhan sedangkan saya sendiri masih belum sepenuhnya menerima kasih-Nya yang abadi? Syukurlah, lama-kelamaan, Tuhan menghapus penipuan yang mencengkam saya tentang siapa saya sebelum mengaku dosa-dosa saya. Dengan rahmat-Nya, akhirnya saya mengalami pengampunan yang telah ditawarkan oleh Tuhan selama ini.
Tuhan memahami kesedihan kita terhadap penderitaan dan akibat dosa kita pada masa lalu. Bagaimanapun, Dia menguatkan umat-Nya untuk mengatasi keputusasaan, berpaling daripada dosa dan bangkit dengan berharap pada “kasih,” “rahmat” dan kesetiaan Tuhan yang abadi (Ratapan 3:19-23). Alkitab mengatakan bahawa Tuhan sahaja yang kita “punyai”―Dialah harapan dan keselamatan kita―dan kita dapat belajar mempercayai kebaikan-Nya (ayat 24-26).
Bapa kita yang penuh belas kasihan menolong kita mempercayai janji-janji-Nya. Apabila kita menerima kasih-Nya yang abadi sepenuhnya, kita dapat menyebarkan khabar baik tentang rahmat-Nya.