Charles Spurgeon bergelut untuk percaya kepada Tuhan pada masa remajanya. Dia membesar dengan pergi ke gereja, tetapi khutbah kedengaran hambar dan tidak bermakna bagi dia. Spurgeon bergelut untuk percaya kepada Tuhan, dan menurut dia, masa itu dia seorang “kaki lawan.” Pada suatu malam, ribut salji yang kuat memaksa Spurgeon yang berusia 16 tahun berlindung di dalam sebuah gereja Methodist yang kecil. Khutbah yang disampaikan oleh pastor di gereja itu seolah-olah ditujukan kepadanya. Pada saat itu, Tuhan menang ke atas pergelutan tersebut dan Charles memberikan hatinya kepada Yesus.
Kemudian Spurgeon menulis, “Lama sebelum saya bermula dengan Kristus, Dia telah terlebih dahulu bermula dengan saya.” Sebenarnya, hidup kita bersama Tuhan tidak bermula pada saat penyelamatan kita. Para pemazmur menyatakan bahawa Tuhan “menciptakan segala bahagian badan [kita],” membentuk kita di dalam rahim ibu kita (Mazmur 139:13). Rasul Paulus menulis, “Allah memilih aku sebelum aku dilahirkan dan memanggil aku untuk mengabdikan diri kepada-Nya” (Galatia 1:15). Tuhan tidak berhenti bekerja dalam kehidupan kita apabila kita memperoleh penyelamatan: “Allah, yang sudah memulakan pekerjaan yang baik pada diri kamu, akan meneruskannya sehingga selesai” (Filipi 1:6).
Kita merupakan “kerja yang sedang berjalan” di tangan Tuhan yang penuh kasih . Dia memimpin kita keluar daripada pergomolan kita yang memberontak dan membawa kita ke dalam pelukan-Nya yang penuh kasih. Tetapi tujuan-Nya dalam kehidupan kita hanyalah suatu permulaan. “Allah sentiasa bekerja di kalangan kamu untuk membuat kamu mahu dan sanggup melakukan apa yang dikehendaki-Nya” (Filipi 2:13). Yakinlah bahawa kita adalah pekerjaan-Nya yang baik tanpa mengira usia atau tahap kehidupan kita.