Selepas seorang rakan mengakhiri persahabatan kami yang sudah 10 tahun lamanya tanpa penjelasan, saya mula kembali kepada kebiasaan lama―mengekalkan jarak yang “selamat” daripada orang lain. Ketika saya masih sedih, saya menarik keluar sebuah buku yang koyak dan bergerigis tepinya, The Four Loves (Empat Kasih) yang ditulis oleh C. S. Lewis dari rak. Lewis membuat ulasan yang menakjubkan bahawa kasih akan menyebabkan kita mudah disakiti. Dia menyatakan bahawa “tiada pelaburan yang selamat” apabila seseorang mengambil risiko untuk mengasihi. Dia berpendapat bahawa mencintai “apa sahaja [akan menyebabkan] hati anda menjadi pilu dan mungkin patah hati.” Kata-kata itu mengubah cara saya membaca kisah dalam Alkitab ketika Yesus menampakkan diri sebanyak 3 kali kepada para pengikut-Nya selepas kebangkitan-Nya (Yohanes 21:1-14), setelah Petrus mengkhianati-Nya bukan sekali tetapi sebanyak 3 kali (18:15-27).

Yesus berkata, “Simon anak Yohanes, adakah kamu lebih mengasihi Aku daripada semua orang ini mengasihi Aku?” (21:15).

Setelah mengalami pengkhianatan dan penolakan, Yesus berkata kepada Petrus dengan berani bukan ketakutan, kekuatan bukan kelemahan, sifat yang tidak mementingkan diri dan keputusasaan. Dia mengesahkan kesanggupan-Nya untuk mengasihi dengan memberikan belas kasihan dan bukannya kemurkaan.

Alkitab menyatakan bahawa “Petrus sedih kerana Yesus bertanya tiga kali kepadanya, ‘Adakah kamu mengasihi Aku?’ ” (ayat 17). Tetapi ketika Yesus meminta Petrus membuktikan kasihnya dengan mengasihi orang lain (ayat 15-17) dan mengikut Dia (ayat 19), Dia menjemput semua pengikut-Nya mengambil risiko untuk mengasihi tanpa syarat. Setiap kita harus menjawab soalan ini ketika Yesus bertanya, “Adakah kamu mengasihi Aku?” Jawapan kita akan mempengaruhi bagaimana kita mengasihi orang lain.