Amina, seorang pendatang dari Iraq, dan Joseph, seorang rakyat Amerika sejak lahir, menghadiri demonstrasi politik untuk menyokong pendirian masing-masing yang bertentangan. Kita telah diajar untuk percaya bahawa permusuhan yang mendalam wujud antara mereka yang terpisah oleh etnik dan politik.. Bagaimanapun, ketika sekumpulan kecil perusuh menyerang Joseph dan cuba membakar bajunya, Amina bergegas untuk melindunginya. “Saya berfikir kita tidak dapat dipisahkan sebagai manusia,” kata Joseph kepada wartawan, “Inilah saatnya kami menyedari bahawa ‘tindakan ini tidak ok.” Sesuatu yang lebih mendalam berbanding dengan politik telah menyatukan Amina dan Joseph.
Walaupun kita sering ada percanggahan pendapat antara satu sama lain—perbezaan besar yang sering tidak dapat diabaikan, masih terdapat kenyataan yang jauh lebih mendalam yang mengikat kita bersama. Setiap kita telah diciptakan oleh Tuhan dan terikat dalam satu keluarga manusia yang dikasihi. Tuhan telah mencipta setiap orang—tanpa mengira jantina, kelas sosial, identiti etnik atau fahaman politik—“seperti diri-Nya sendiri” (Kejadian 1:27). Tuhan tercermin dalam diri kita. Selanjutnya, Dia memberi kita tujuan hidup bersama: “menduduki” dan “menguasai” dunia milik Tuhan dengan kebijaksanaan dan kasih (ayat 28).
Setiap kali kita lupa bahawa kita terikat bersama dalam Tuhan, kita merosakkan diri kita sendiri dan orang lain. Tetapi setiap kali kita bersatu dalam rahmat dan kebenaran-Nya, kita menyertai keinginan-Nya untuk mencipta dunia yang baik dan berkembang.