Month: Jun 2022

Menyerahkan Pekerjaan kepada Tuhan

Saya menulis rencana untuk majalah yang dianggap “penting”, maka saya pun bertungkus lumus untuk menulis artikel dengan sebaik mungkin bagi editor kanan majalah itu. Oleh sebab saya menghadapi tekanan untuk mencapai standardnya, saya terus menulis buah fikiran dan idea saya berulang kali. Tetapi apakah masalah saya? Adakah topik saya mencabar? Atau adakah kerisauan sebenar saya sesuatu yang peribadi: Adakah editor itu akan berpuas dengan saya dan bukan hanya penulisan saya?

Lari daripada Dosa 

Pada musim panas ini, saya sudah dua kali menderita ruam alahan akibat tumbuhan yang bernama jelatang (poison ivy). Kedua-dua alahan yang berlaku adalah ketika saya sedang membersihkan semak-samun di halaman rumah kami. Sebanyak dua kali juga, saya nampak musuh jahat yang berdaun tiga itu menyorok berhampiran semak belukar. Saya menyangka bahawa saya dapat mendekatinya tanpa alah terhadapnya. Namun sekejap sahaja selepas itu, saya sedar bahawa saya silap. Saya tidak patut mendekati musuh kecil berwarna hijau itu, sebaliknya saya patut lari ke arah yang bertentangan!

Sahabat kepada Sahabat Tuhan

Suasana yang begitu mesra berlaku dalam perkenalan pertama apabila dua orang mendapati bahawa mereka mempunyai rakan yang sama. Dalam sambutan yang mungkin paling tidak dapat dilupakan, tuan rumah yang ramah mesra mengalu-alukan seorang tetamu dengan ucapan seperti, “Gembiranya bertemu dengan anda. Asalkan kawan Sam atau Samantha, jadi kawan saya juga.”

Mengapa Tuhan Mengasihi Saya?

Mengapa Tuhan Mengasihi Saya?

 

Mengapa Tuhan begitu mengasihi manusia sedangkan manusia telah melanggar perintah Tuhan? Bukankah Tuhan itu adalah Pencipta, sehingga Dia dapat menciptakan manusia baru menggantikan Adam dan Hawa? Tuhan dapat menganggap Adam dan Hawa sebagai ciptaan yang gagal, kemudian melupuskan mereka dan menciptakan Adam dan Hawa yang baru, yang lebih sempurna. Tetapi Tuhan tidak berbuat demikian. Dia memilih…

Persediaan Tuhan yang Ajaib

Buddy berumur tiga tahun dan ibunya pergi ke gereja setiap minggu untuk memunggah barang-barang dapur dari trak pelayanan makanan. Apabila Buddy terdengar ibunya memberitahu neneknya bahawa trak penghantaran telah rosak, dia berkata, “Oh, tidak. Jadi bagaimanakah mereka boleh memberi makanan?” Ibunya menjelaskan bahawa pihak gereja perlu mengumpulkan wang untuk membeli trak baharu. Buddy tersenyum. “Aku ada wang,” katanya sambil meninggalkan bilik itu. Dia kembali dengan sebuah balang plastik yang dihiasi dengan pelekat berwarna-warni dan dipenuhi duit syiling, yang berjumlah lebih kurang $38 dolar AS. Walaupun Buddy tidak ada wang yang banyak, Tuhan menggabungkan persembahannya dan pemberian orang lain untuk mendapatkan sebuah trak muatan sejuk yang baharu, supaya pihak gereja dapat terus melayani komuniti mereka.

Berjalan di sisi Orang Lain

Billy, seekor anjing yang penyayang dan setia, menjadi bintang internet pada tahun 2020. Buku lali tuannya, iaitu Russel, telah patah dan dia menggunakan tongkat ketiak untuk berjalan. Tidak lama kemudian anjing itu juga mulai terincut-incut apabila berjalan dengan tuannya. Oleh sebab risau, Russell membawa Billy untuk berjumpa dengan doktor haiwan yang berkata bahawa tiada apa-apa yang tidak kena dengan anjingnya! Billy berlari dengan bebasnya ketika bersendirian. Rupanya anjing itu buat-buat tempang ketika berjalan bersama tuannya. Itulah yang kita sebut sebagai benar-benar merasakan kesakitan orang lain!

Masa Gelap, Doa yang Berkuasa

“Saya mengharungi detik gelap.” Empat patah perkataan ini menggambarkan penderitaan jiwa seorang selebriti wanita popular semasa pandemik COVID-19. Penyesuaian kepada normal baharu merupakan sebahagian cabarannya, dan dalam kegawatan itu, dia mengaku bahawa dia bertarung dengan pemikiran bunuh diri. Sejak itu dia berusaha untuk keluar daripada lingkaran kemurungan itu, misalnya berkongsi pergelutannya dengan seorang kawan yang mengambil berat keadaannya.

Berita Salib

Menurut Zhang, dia membesar “tanpa Tuhan, tanpa agama, tanpa apa-apa.” Pada tahun 1989 ketika memperjuangkan demokrasi dan kebebasan bagi bangsanya, dia turut memimpin pelajar untuk mengadakan tunjuk perasaan secara aman. Namun, tunjuk perasaan tersebut bertukar menjadi tragedi berikutan campur tangan daripada kerajaan dan menyebabkan ratusan nyawa terkorban. Disebabkan pembabitannya dalam tunjuk perasaan itu, dia tergolong dalam senarai orang yang paling dikehendaki oleh pihak kerajaan di negaranya. Selepas dipenjarakan untuk tempoh singkat, dia melarikan diri ke sebuah perkampungan yang terpencil. Di situ dia bertemu dengan seorang petani tua yang memperkenalkan kepercayaan Kristian kepadanya. Wanita itu hanya memiliki senaskhah Injil Yohanes yang ditulis tangan tetapi dia buta huruf. Maka dia meminta Zhang membacakan Injil itu kepadanya. Ketika Zhang membacanya, wanita itu menjelaskan Injil kepadanya, dan setahun kemudian dia percaya kepada Yesus.

Langkah yang Drastik 

Busur istiadat dan anak panah yang dihiasi telah bergantung pada dinding rumah kami di Michigan selama bertahun-tahun. Saya mewarisinya daripada bapa saya, yang memperoleh cenderamata itu ketika kami melayani sebagai mubaligh di Ghana.