The Croods, sebuah animasi yang mengisahkan satu keluarga pada zaman batu. Keluarga ini percaya bahawa “satu-satunya cara untuk bertahan hidup adalah jika keluarga mereka tetap bersama.” Mereka takut dengan dunia sekitar mereka dan yang lain, jadi ketika mereka mencari tempat tinggal yang selamat, mereka menjadi takut setelah menemui sebuah keluarga pelik sudah tinggal di kawasan yang dipilih mereka. Tetapi mereka segera belajar menerima perbezaan hidup jiran baharu mereka, mendapatkan sokongan mereka, dan bertahan hidup bersama. Mereka mendapati bahawa mereka benar-benar menikmati hidup bersama dan memerlukan orang lain untuk menjalani kehidupan yang bermakna.
Namun, ada risikonya dalam menjalin hubungan kerana orang cenderung menyakiti kita. Tetapi Tuhan mempunyai alasan yang baik untuk menyatukan umat-Nya dalam satu tubuh, iaitu gereja. Dalam persekutuan dengan orang lain, kita menjadi matang (Efesus 4:13). Kita belajar bergantung kepada-Nya untuk menolong kita menjadi “rendah hati, lemah lembut, dan sabar” (ayat 2). Kita dapat saling menolong dan membina “kerana kasih” (ayat 16). Ketika kita berkumpul bersama, kita menggunakan kurnia kita dan belajar daripada orang lain yang menggunakan kurnia mereka, serta melengkapkan kita dalam perjalanan hidup dan pelayanan kita kepada Tuhan.
Semasa Dia memimpin anda, carilah matlamat hidup sebenar anda antara umat Tuhan sekiranya anda belum menjumpainya. Anda akan melakukan lebih banyak perkara daripada hanya bertahan. Dengan berkongsi kasih, anda akan memuliakan Tuhan dan menjadi lebih seperti Yesus. Semoga setiap kita bergantung kepada Dia ketika kita menjalani hubungan yang semakin mendalam dengan Yesus dan orang lain.