Sorang lelaki bernama James melakukan pengembaraan kira-kira sejauh 2,000 kilometer menyusuri pantai barat Amerika Syarikat—berbasikal dari Seattle, Washington, sehingga ke San Diego, California. Seorang rakan saya bertemu dengan penunggang basikal yang bercita-cita tinggi ini berhampiran tebing Big Sur, yang hampir 1,500 kilometer jauhnya dari garis permulaannya. Selepas mengetahui bahawa seseorang telah mencuri peralatan perkhemahan James baru-baru itu, rakan saya menawarkan selimut dan baju sejuknya, tetapi James menolaknya. Dia berkata bahawa apabila dia bertolak ke kawasan selatan, iklim di situ adalah lebih panas, jadi dia harus mulai melepaskan barang-barangnya. Semakin dekat ke tempat destinasinya, dia akan semakin letih, jadi dia perlu mengurangkan beban yang ditanggungnya.
Kesedaran James itu memang bijak. Ini juga menggambarkan apa yang dikatakan oleh penulis kitab Ibrani. Semasa kita meneruskan perjalanan hidup kita, kita perlu “buang segala halangan yang menghalang kita dan dosa yang berpaut pada kita” (12:1). Kita perlu bergerak ringan untuk terus maju.
Sebagai orang yang percaya kepada Yesus, kita perlu berlari dalam perlumbaan ini “dengan tekun” (ayat 1). Salah satu cara untuk memastikan kita boleh terus maju adalah bebas daripada beban yang tidak mahu mengampuni, bersikap remeh dan dosa-dosa lain yang akan menghalangi kita.
Tanpa pertolongan Yesus, kita tidak dapat melakukan perjalanan ringan dan berlari dalam perlumbaan ini dengan baik. Semoga kita melihat “Yesus, kerana iman kita bergantung kepada-Nya” agar kita tidak “berkecil hati dan putus asa” (ayat 2-3).