Akhirnya hari tersebut telah tiba―hari yang saya menyedari bahawa bapa saya bukannya kebal. Semasa kecil, saya menyedari kekuatan dan keazamannya. Tetapi pada awal usia dewasa saya, bapa saya mengalami kecederaan di bahagian belakangnya, dan saya menyedari bahawa bapa juga adalah seorang manusia biasa. Saya telah tinggal bersama-sama ibu bapa untuk menolong bapa ke bilik air, menolong dia memakai pakaian, malah membawa segelas air ke mulutnya―semua ini membuat bapa saya berasa rendah diri. Dia berusaha untuk menyempurnakan tugas-tugas kecil, tetapi dia mengakui, “Bapa tidak dapat membuat apa-apa tanpa pertolongan kamu.” Walaupun dia telah kembali pulih sepenuhnya, pengalaman ini memberi pengajaran penting kepada kami berdua. Kami saling memerlukan.
Walaupun kita saling memerlukan, lebih-lebih kita memerlukan Yesus. Kita berpaut pada gambaran pokok anggur dan carang-carangnya dalam Yohanes 15. Ungkapan yang memberi dorongan boleh juga mencabar kebergantungan kita sendiri. Pemikiran seperti, saya tidak memerlukan bantuan mudah menyusup masuk ke minda kita. Yesus dengan jelas menyatakan―“kerana tanpa Aku, kamu tidak dapat berbuat apa-apa” (ayat 5). Kristus berbicara tentang buah Roh Kudus, seperti “mengasihi, bersukacita, hidup rukun” (Galatia 5:22), iaitu ciri-ciri yang terdapat pada seorang yang mengikut Yesus. Yesus menyeru kita menjalani kehidupan yang menghasilkan buah, dan kebergantungan kepada-Nya menghasilkan kehidupan yang berbuah, kehidupan yang menyatakan kemuliaan Bapa (Yohanes 15:8).