Oleh sebab tidak dapat berjumpa dengan cucu mereka secara fizikal untuk mengelakkan risiko jangkitan penyakit, ramai datuk nenek mencari cara baharu untuk berhubung semasa pandemik Covid-19. Satu tinjauan baru-baru ini menunjukkan bahawa ramai datuk nenek melakukan penyesuaian dengan menggunakan mesej dan media sosial sebagai cara untuk mengekalkan hubungan yang berharga dengan cucu. Malah ada juga yang beribadah bersama keluarga terdekat dengan menggunakan panggilan video.
Salah satu cara bagus yang boleh dilakukan oleh ibu bapa dan datuk nenek untuk mempengaruhi anak-anak mereka adalah dengan menurunkan kebenaran Alkitab. Dalam Ulangan 4, Musa mengarahkan umat Tuhan supaya “tidak sekali-kali lupa akan perkara” yang sudah disaksikan mereka dengan mata mereka sendiri, atau “jangan sampai semua itu lenyap daripada hati [mereka] seumur hidup (ayat 9, AVB). Seterusnya Musa juga berkata bahawa berkongsi kebenaran Tuhan dengan anak-anak mereka dan menurunkan kepada generasi seterusnya akan membolehkan mereka belajar untuk “mentaati”-Nya (ayat 10) dan hidup mengikut kebenaran-Nya di tanah yang dijanjikan kepada mereka.
Maksud Tuhan adalah kita boleh menikmati hubungan dengan keluarga dan kawan-kawan kita. Dengan rancangan Tuhan, ia juga bertujuan menjadi saluran untuk menyampaikan hikmat-Nya dari satu generasi ke generasi seterusnya, “mengajar [mereka] apa yang benar” dan melengkapi mereka untuk “melakukan segala macam pekerjaan yang baik” (2 Timotius 3:16-17). Apabila kita berkongsi kebenaran dan pekerjaan Tuhan dalam hidup kita dengan generasi yang akan datang―sama ada dengan mengirimkan mesej, membuat panggilan telefon, video, atau perbualan bersemuka―kita melengkapi mereka untuk melihat dan menikmati pekerjaan-Nya dalam hidup mereka.