Hari itu adalah pagi Isnin, tetapi kawan saya Chia-ming tidak pergi ke pejabat. Dia berada di rumah dan membersihkan bilik air. Setelah menganggur selama sebulan, masih tiada peluang pekerjaan. Syarikatnya terpaksa ditutup kerana pandemik Covid-19 dan kerisauan mengenai masa depan memenuhi Chia-ming dengan ketakutan. Aku perlu menyara keluarga, fikirnya. Di manakah aku dapat meminta bantuan?

Dalam Mazmur 121:1, para penziarah yang pergi ke Yerusalem menanyakan soalan yang sama mengenai tempat yang mereka boleh mencari bantuan. Perjalanan ke Kota Suci di Gunung Sion adalah panjang dan mungkin berbahaya, malah pengunjung perlu mengharungi pendakian yang sukar. Cabaran yang dihadapi oleh mereka mungkin sama dengan perjalanan hidup yang sukar yang kita hadapi pada hari ini—mengharungi penyakit, masalah dalam hubungan, kematian, tekanan di tempat kerja, atau dalam kes seperti Chia-ming, masalah kewangan dan pengangguran.

Namun kita boleh yakin pada kebenaran bahawa Pencipta langit dan bumi Sendiri menolong kita. (ayat 2). Dia akan menjaga sepanjang hidup kita (ayat 3, 5, 7–8) dan Dia tahu apa yang kita perlukan. Shamar, perkataan Ibrani untuk “menjaga”, atau bermaksud “melindungi.” Pencipta alam semesta ialah pelindung kita. Kita ada dalam jagaannya. “Tuhan menjaga saya dan keluarga saya,” Chia-ming berkongsi baru-baru ini. “Dan pada masa yang sesuai, Dia menyediakan satu pekerjaan sebagai pengajar.”

Apabila kita mempercayai dan mentaati Tuhan, kita boleh memandang ke hadapan dengan harapan, mengetahui bahawa kita adalah dalam lingkungan perlindungan yang penuh hikmat dan kasih-Nya.